Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar


Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera kepada Tuanku Canselor UiTM, Sultan Ibrahim.

Majlis ini disertai pengurusan tertinggi UiTM, staf akademik, staf pentadbiran, mahasiswa, serta warga kampus yang turut sama menzahirkan sokongan kepada Tuanku Canselor.

Solat Hajat ini berlangsung dalam tiga sesi utama:

  • 12 Februari 2025 (Rabu) – Solat Hajat selepas Solat Zohor
  • 13 Februari 2025 (Khamis) – Bacaan Yasin dan Solat Hajat selepas Maghrib
  • 14 Februari 2025 (Jumaat) – Solat Hajat selepas Solat Jumaat



Majlis ini dianjurkan sebagai keprihatinan warga UiTM terhadap Tuanku Canselor, yang juga Yang di-Pertuan Agong, yang kini sedang menjalani rawatan di luar negara. 

UiTM mengajak seluruh warga kampus dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama berdoa agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan berpanjangan.

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda telah berangkat ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan, dengan ditemani Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Seluruh warga UiTM menzahirkan doa agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan rawatan, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Semoga Seri Paduka Baginda terus diberikan kekuatan untuk memayungi negara dan rakyat Malaysia dengan keadilan serta kebijaksanaan. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
12
0
10
0

Copy Link: