Selamat Tahun Baharu Cina! Raikan sambutan perayaan dengan semangat perpaduan dan rasa keharmonian!

Published by
KitaReporters

Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar UUM.

KEMERIAHAN sambutan Tahun Baharu Cina pada Ahad, 22 Januari 2023 ini pastinya menggembirakan setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19.

Bagi Ng Qi Hong yang berasal dari Taiping, Perak bersama rakan-rakan pelajar dari kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, mereka kelihatan gembira dengan ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan tahun baharu

Ng Qi Hong (kanan) gembira dapat menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun 2023 ini selepas dua tahun menyepi akibat COVID-19.

“Saya dan rakan-rakan Tan Ying Xin, Chong Wan Cin, Long Xin Yi, Gourathy Kalaiselvan, Fatin Farahanim Rusnan dan Theebban Ray a/l Suresh Kumar berkumpul di Anjung Tamu universiti ini sambil makan buah limau,” katanya ketika ditemui.

Qi Hong menambah pastinya perjalanan pulang mereka untuk menyambut perayaan ini mengembirakan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembayaran tol akan dikecualikan bagi semua kenderaan pada 20 dan 21 Januari ini.

Moga sambutan tahun arnab yang membawa simbol umur panjang, keamanan dan kemakmuran dalam budaya Cina ini disambut dengan meriah nanti berserta semangat perpaduan dan rasa keharmonian. - KitaReporters


Buah limau menjadi antara hidangan utama sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

7
12
0
15
0

Copy Link: