Syukur! UMT terima sumbangan zakat RM1.3j! Dari 6 badan koporat, MAIDAM! Manfaat asnaf pelajar!
Published byDr Noraini Ahmad menerima replika sumbangan zakat daripada wakil Tabung Haji
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.3 juta dari sektor korporat untuk manfaat asnaf pelajar dalam usaha menjaga kebajikan mereka yang kurang berkemampuan bagi memastikan kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan pelajar terbabit.
Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur dan berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua badan korporat yang terlibat dengan sumbangan tersebut.
Katanya, UMT menerima sumbangan zakat daripada tujuh Badan Korporat yang terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Etiqa General Takaful Berhad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Perumahan Kinrara Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sumbangan zakat
Dr Mazlan Abd Ghaffar
Selain
itu, katanya, tambahan sumbangan sebanyak
RM50,000 dari Etiqa General Takaful Berhad untuk diagihkan khusus kepada
pelajar UMT yang terjejas dengan bencana banjir. Insya-Allah sumbangan
ini akan memanfaatkan pelajar UMT yang terdiri daripada asnaf zakat.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil-wakil badan korporat kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mewakili pihak UMT sempena Program KPT Prihatin, Majlis Sanjung Budiman dan Perasmian Bangunan Institut Bioteknologi Marin (IMB) yang berlangsung pada 28 Januari 2022 lalu di UMT.
Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,Datuk Professor Dr. Husaini Omar, Naib Cancelor UniSZA Profesor Dr. Fadzli Adam, dan wakil Agensi-agensi Kerajaan serta Badan-Badan Korporat dan Swasta.
Seramai 2,270 pelajar golongan asnaf yang sedang menuntut di universiti tersebut bakal menerima sumbangan zakat tersebut.
Kunjungan Dr. Noraini kampus UMT juga bagi meneruskan misi KPT Prihatin serta Majlis Sanjungan Budiman dengan menyempurnakan bantuan banjir kepada masyarakat yang terlibat.
KPT Prihatin merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha membantu para pelajar yang kurang bernasib baik terutama dalam kalangan golongan B40 dan juga mereka yang terjejas akibat musibah.
Melalui program ini, bantuan yang disalurkan oleh IPT bukan hanya memberi memanfaatkan para pelajar, malah ianya turut disalurkan kepada masyarakat umum sebagai tanggungjawab sosial kepada komuniti umum yang terjejas akibat musibah banjir di seluruh negara.
Bagi Inisistif KPT Prihatin pada kali ini, UMT dan UnisZa telah sama-sama berkerjasama dalam memperuntukkan sejumlah 1,500 hamper dalam misi bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas di negeri Terengganu.
Dr Noraini menekan butang perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) UMT
Dr. Noraini turut menyempurnakan perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) yang sebahagian besar bangunan ini merupakan makmal penyelidikan. Makmal ini telah siap dibina pada 8 November 2018 serta beroperasi pada awal 2021 secara berperingkat-peringkat.
Sebanyak 11 buah makmal di dalamnya serta berfokus kepada bidang kajian bioteknologi.
Dua makmal di IMB merupakan di bawah projek penyelidikan kolaborasi antara UMT dan Ghent University, Belgium, iaitu Makmal Bioinformatik dan sebuah makmal lagi dengan Ocean University of China di bawah program Joint - Academic Centre Marine Studies. - KitaReporters
Dr Noraini (lima dari kiri) bersama Dr Mazlan serta kakitangan UMT bergambar kenangan di hadapan bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) UMT