Sinergikan pendidikan dan teknologi! Kolaborasi Universiti Telkom, UMT tingkatkan perakaunan PMKS!
Published byOleh ASHRIYANI FADHILAH
Mahasiswa Universiti Telkom
Fakulti Ekonomi dan Bisnes (FEB) Universiti Telkom Indonesia (Tel-U) kembali menunjukkan komitmennya terhadap pemberdayaan (pembangunan) perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) melalui kegiatan Perkhidmatan Masyarakat Antarabangsa.
Dalam kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), FEB Tel-U mengadakan program yang bertajuk “Digitalisasi Perakaunan untuk Meningkatkan Daya Saing Global Kraf Tangan PMKS di Pasar Modern Sinpasa”.
Program ini berlangsung pada 23 September 2024, di Pasar Modern Sinpasa yang terletak di Kecamatan (Mukim) Gedebage.
Kegiatan ini dirancang untuk membantu pengusaha PMKS dalam menghadapi cabaran globalisasi dan memanfaatkan peluang di pasaran moden.
Dengan perbincangan ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah berpengalaman daripada Tel-U, iaitu Dr. Cahyaningsih, Dr. Majidah, Deannes Isynuwardhana, Dr. Ir. A. Mukti Soma, dan Prof. Yusliza Mohd Yusoff sebagai perwakilan daripada UMT, peserta mendapatkan pemahaman mendalam mengenai pengelolaan urusan kewangan berasaskan teknologi.
Menguasai proses digitalisasi untuk keberhasilan PMKS dalam era digital ini, kemampuan untuk menggunakan teknologi dalam pengelolaan bisnes menjadi suatu keharusan.
Peserta dilatih dalam berbagai topik penting, termasuk Pencatatan Perakaunan, Persamaan Dasar Perakaunan, Penentuan Harga Pokok Produk, serta penggunaan Aplikasi digital untuk pencatatan kewangan.
Dengan aplikasi tersebut, pengusaha PMKS dapat lebih efektif mengesan dan membaiki kesalahan dalam pencatatan transaksi, sehingga meningkatkan akurasi (ketepatan) dan transparansi (ketelusan) laporan kewangan mereka.
Dr. Cahyaningsih, yang mewakili penganjur, menjelaskan bahawa kegiatan ini tidak hanya memberikan latihan, tetapi juga menciptakan kesempatan bagi peserta untuk berdiskusi dan bertukar pengalaman.
"Kami berharap melalui program latihan ini, PMKS dapat meningkatkan daya saing mereka di pasaran global," ungkapnya.
Mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan, kegiatan ini juga menjadi salah satu langkah konkrit Universiti Telkom dalam mendukung Sustainable Development Goals (Matlamat Pembangunan Mampan atau SDGs) 8, yang bertujuan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Dengan meningkatkan kemampuan PMKS, diharapkan akan tercipta lebih banyak peluang pekerjaan yang produktif dan berkualiti.
Penyertaan dalam program ini menjadi bukti nyata bahawa kolaborasi internasional dapat membawa manfaat signifikan bagi komuniti lokal.
Melalui program latihan yang praktis dan aplikatif, peserta diharapkan tidak hanya mampu mengelola usaha mereka dengan lebih baik, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi daerah.
Dengan semangat kolaborasi dan inovasi, FEB Tel-U dan UMT telah mengambil langkah penting dalam memberdayakan (pembangunan) kraf tangan PMKS di pasaran modern.
Kegiatan ini adalah contoh nyata bagaimana pendidikan dan teknologi dapat bersinergi untuk mencapai tujuan yang lebih besar dalam pengembangan ekonomi lokal dan global. - KitaReporters/Tel-U