PROGRAM Kongsi Nikmat Bersama Agrobank 2022 telah dianjurkan buat kali kedua di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang dilangsungkan di Kolej Tun Dr Ismail UPM bersama Mstar.

Sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa dikongsikan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pertanian UPM dari kelompok B40 bagi menyampaikan sumbangan sebagai berkongsi nikmat dan rezeki kepada komuniti pelajar jurusan pertanian di UPM, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu.

“Saya dengan sukacita dan berbesar hati ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak Agrobank, mStar dan semua kerana sudi berkongsi nikmat bersama para pelajar, tanpa mengira latar belakang mereka," katanya pada 13 April 2022.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPM


sementara itu, Nur Hazira Mohd Wazir pelajar Bacelor Pertanian Sains Ternakan tahun 3 berkata, beliau sangat bersyukur

kerana program seperti ini sangat membantu kawan-kawannya yang tidak beekemampuan membeli makanan untuk berbuka.

“Ada antara kawan saya yang terpaksa makan Maggie kerana tiada wang. Jadi untuk mengisi perut, Maggielah sebagai makanan yang perlu diambil," jelasnya.

Seorang lagi pelajar Pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Pengurusan Perladangan, Muhammad Firdaus

Khairulhafiz, bersyukur sangat kerana pada bulan puasa ada juga yang ingin membantu para pelajar dengan memberikan makanan berbuka puasa dan sangat membantu mereka. - KitaReporters


12
12
0
14
0

Copy Link: