Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar MQA bersama Media Tahun 2022.


PERANAN media sangat penting untuk perkembangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memaklumkan fungsi dan dasarnya kepada masyarakat supaya kewujudannya menepati sasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata seperti  beliau yang sedia maklum oleh rakan-rakan bahawa jatuh dan bangun sesuatu organisasi banyak berkait rapat hubungan dengan media.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengamal media

Mohammad Shatar (tengah) beramah mesra dengan kakitangan Didik TV sambil diperhatikan Khairul Salleh (dua dari kanan).


“Saya yang pernah berkhidmat dengan beberapa institut pengajian tinggi sebelum ini dan akan meneruskan legasi berhubungan rapat dengan media terutama dalam menyebarkan maklumat yang perlu diketahui masyarakat.

“Sehubungan itu saya berharap hubungan MQA dengan media akan terus subur malah bertambah erat dalam pelbagai urusan demi manfaat dan kebaikan bersama,” katanya ketika berucap selepas Majlis Iftar MQA bersama Media Tahun 2022 di sebuah hotel di Bangsar, Kuala Lumpur, pada 25 April 2022 lalu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa serta pengamal-pengamal media. 


Mohammad Shatar bertanya khabar pengamal media dan tetamu pada majlis berkenaan.


Mohammad Shatar berkata, majlis iftar itu adalah bagi menghargai jasa pengamal media dari pelbagai agensi tempatan selain untuk merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin antara badan berkanun di bawah pimpinannya.

Menurutnya, pihaknya amat menghargai sumbangan rakan pengamal media yang banyak membantu dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat mengenai fungsi, perkhidmatan serta inisiatif MQA.

"Sebagai satu daripada kumpulan barisan hadapan, peranan yang dimainkan pengamal media cukup signifikan terhadap pembangunan negara sejak sekian lama," katanya.


Mohammad Shatar Sabran (tengah) merakam kenangan bersama-sama pengamal media selepas Majlis Iftar MQA bersama Media Tahun 2022 di sebuah hotel di Bangsar, Kuala Lumpur, pada 25 April 2022.


Beliau yang juga pakar sosial berkata, dalam era serba canggih ini, ramai yang mahu menjadi 'wartawan segera' berbekalkan peranti yang ada pada tangan, bagaimanapun banyak isu tular yang mahu dikupas di alam maya sehingga kadangkala tidak menyemak sama ada maklumat diperoleh sahih atau sebaliknya. 

"Masyarakat perlu mendapatkan berita daripada sumber yang sahih iaitu media yang diperakui. Di sinilah peranan pengamal media amat penting dalam menyampaikan maklumat yang telus kepada masyarakat umum," jelasnya. - KitaReporters


Mohammad Shatar dan Khairul Salleh merakam kenangan bersama-sama pengamal media dan kakitangan Didik TV.

28
14
0
13
0

Copy Link: