Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) dengan MAHSA Avenue International College (MAIC), untuk memperkukuhkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata sebagai sebuah universiti pendidikan terulung tanah air, UPSI mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik dengan pihak institusi pengajian swasta baik industri mahupun komuniti bagi merealisasikan hasrat universiti untuk memantapkan ekosistem pendidikan negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPSI 

Dr. Md Amin Md Taff (kanan) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Dr. Mohamed Haniffa Abdullah (kiri) di kampus utama Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra, Selangor pada 14 Disember 2021.


“Kerjasama antara Fakulti Pembangunan Manusia UPSI dan MAIC ini bertujuan memberi peluang kepada calon-calon pelajar untuk mengikuti pengajian dan memiliki sijil kelayakan akademik dari UPSI melalui penawaran program akademik Pendidikan Awal Kanak-kanak yang akan dilaksanakan di Pusat Pembelajaran MAIC kampus Petaling Jaya yang mempunyai kemudahan persekitaran pengajian kondusif dan lengkap,” jelasnya ketika menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoA) antara UPSI dan MAIC di kampus utama Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra pada 14 Disember 2021.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif MAHSA Sdn Bhd, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah menerima dokumen perjanjian persefahaman.



Menurut Dr Md Amin lagi, menerusi kerjasama ini juga dapat menambah baik kualiti, reka bentuk dan penyampaian kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak meliputi penyelidikan, perundingan dan penerbitan melalui kedua-dua kepakaran dari UPSI dan MAIC

“Kerjasama dua hala ini bakal memberi manfaat kepada bakal-bakal pelajar dengan penawaran Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, sekali gus memperkasa kualiti program akademik dan meletakkan UPSI sebagai hab Pendidikan Awal Kanak-kanak negara dalam menyediakan pedagogi seiring keperluan semasa,”  jelasnya lanjut.

Permohonan kemasukan program diploma sudah dibuka pada 15 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022 dan sesi pengajian bakal bermula sekitar pertengahan Januari 2022, manakala permohonan untuk pengajian ijazah sarjana muda akan dibuka pada  17 Disember 2022 sehingga 30 Januari 2022 serta bakal memulakan pengajian sekitar bulan Mac 2022. - KitaReporters


MAHSA Avenue International College (MAIC) di Petaling Jaya

14
13
0
12
0

Copy Link: