Cabaran dunia pendidikan! Persekitaran inklusif untuk pendidik kuasai teknologi baharu pengajaran!
Published byINSTITUSI pendidikan mesti mewujudkan persekitaran inklusif dengan menghormati dan memanfaatkan sifat generasi hari ini melalui penggunaan alat digital interaktif pembelajaran yang lebih efektif.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Tanjong Malim, Perak, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff memberi penekanan terhadap
usaha pemerkasaan minda generasi pendidik hari ini untuk mengharungi cabaran
masa hadapan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Global Penyelidikan dan Amalan Pendidikan (GOCERP) 2024 di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia (UUM), pada 26 Ogos 2024.
Prof Dr Md Amin Md Taff memberikan ucaptama pada Persidangan Global Penyelidikan dan Amalan Pendidikan (GOCERP) 2024.
Beliau berkata, dengan dunia pendidikan di ambang Revolusi
Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang bercirikan kemajuan teknologi yang pesat, pendidik
menghadapi cabaran dalam menyesuaikan amalan pendidikan untuk menyediakan
pelajar menghadapi masa depan semakin tidak menentu.
Menurutnya, satu aspek kritikal dalam meningkatkan kualiti
pendidikan untuk masa hadapan adalah menangani jurang generasi pelajar yang
boleh mencetuskan ketegangan dalam bilik darjah.
Jelasnya, generasi Alpha yang merupakan generasi termuda membesar dengan teknologi canggih yang tertanam dalam kehidupan seharian mereka dijangka menjadi generasi paling mendalami teknologi namun sangat cenderung kepada faedah pembelajaran interaktif berbanding generasi X, Milenium dan Z.
Maka, tambahnya, pendidik perlu membabitkan diri dalam latihan guru dan pembangunan profesional bagi penyesuaikan diri dengan kaedah serta teknologi pengajaran baharu.
Antara peserta yang hadir dalam persidangan berkenaan.
Katanya lagi, pendidik perlu membabitkan diri dalam latihan
guru dan pembangunan profesional bagi penyesuaikan diri dengan kaedah serta
teknologi pengajaran baharu.
“Penggunaan integrasi teknologi dalam pendidikan seperti
penyediaan akses peranti digital dan internet berkelajuan tinggi kepada pelajar
penting bagi memastikan mereka mendapat manfaat daripada pembelajaran yang
dipertingkat dengan teknologi.
“Kita perlu mendedahkan pelajaran mengenai masalah dunia
sebenar ke dalam kurikulum supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan
membantu pelajar aplikasikan perkara berkenaan dalam pembelajaran mereka.
“Penyadupaduan pembelajaran antara mata pelajaran seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik dengan disiplin yang pelbagai membolehkan disiplin ini diaplikasikan dalam dunia sebenar,” ujar Dr Md Amin. - KitaReporters
Prof Md Amin menjelaskan perlu memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan minda generasi pendidik hari ini.