Terima kasih PM! Percepat penyaluran dana kepada Tabung Wakaf Mara Madani! Alumni MRSM sambut baik!
Published byTerima Kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju untuk mempercepat penyaluran dana awal sebanyak RM100 juta kepada Tabung Wakaf Mara Madani.
Penerima Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022 dan Pingat Emas Naib Canselor pada Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2024 yang meraih Kelas Pertama dalam program Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Muhammad Saniy Samsudin berkata, dia telah menerima tawaran selepas menjalani temu duga bagi mengikuti program Sarjana Kewangan di University of Warwick, Coventry, United Kingdom bagi sesi 2024/2025 September 2024 ini.
Namun katanya permohonannya masih dalam pertimbangan dan amat berharap dengan pengumuman ini juga akan membuka peluang untuk menyambung pengajian di universiti yang diiktiraf tinggi dengan kedudukan ke-4 terbaik di UK dan ke-12 di dunia menurut ranking Financial Times 2023 dan QS World University Rankings 2024.
Katanya, kerajaan perlu mempertimbang peluang untuk membantu pelajar MRSM terutama memandangkan University of Warwick adalah universiti yang bergabung dengan CFA yang memberikan kelebihan dalam mempersiap graduan untuk kerjaya dalam bidang kewangan dan membuktikan peratus kebolehpasaran graduan yang tinggi iaitu 94% dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian nanti.
“Pastinya keluaran universiti ini akan membantu merealisasikan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 nanti terutama selepas mengikuti pengajian dalam bimbingan, semakan CV, simulasi temu duga, dan akses kepada jalinan industri yang luas dalam mendapatkan peluang pekerjaan berkualiti dan menjadi aset penting kepada Malaysia dan industri kewangan nanti,” ujarnya lagi.
Moga dengan peluang ini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan menyokong objektif untuk melahirkan graduan yang berdaya saing pada peringkat global melalui penyertaan dengan pendidikan daripada institusi terkemuka dunia seterusnya diaplikasikan untuk memajukan sektor kewangan dan ekonomi negara.
Pembentang kertas kerja terbaik bertajuk Krisis Ekonomi Global: Kesan Wabak COVID-19 pada Persidangan Dalam Talian di Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI ini menambah Program Sarjana Kewangan di University of Warwick menawarkan kurikulum yang komprehensif dan terkini, merangkumi modul-modul seperti Financial Modelling, Behavioural Finance, dan Advanced Corporate Finance.
Pemenang kedua Anugerah Perdana Belia Negara Perlis ini juga berkata, rayuan telah dibuat kepada Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk mempertimbangkan permohonannya dan berharap akan mendapat perhatian daripada beliau.
Moga dengan pengumuman Tabung Wakaf Mara Madani ini pula diharap dapat merealisasikan hasrat Pengerusi MARA bagi membantu pelajar-pelajar cemerlang dalam kalangan Melayu-Bumiputera yang susah dan keluarga berpendapatan rendah.
"Saya melihat kerajaan perlu memberi pertimbangan juga kepada graduan program kewangan terutama bagi menaja atau memberi biasiswa sebagai mempersiap graduan untuk kerjaya dalam bidang kewangan," tambahnya.
Tabung Wakaf Mara Madani dengan geran peluncuran berjumlah RM100 juta ini menyasarkan dana terkumpul berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun ini dilihat akan menambah kredibiliti penubuhan tabung itu serta menjadi cerminan agenda pemerkasaan Bumiputera. - KitaReporters