Matlamat Pembangunan Mampan Islam (ISDG)! 24 cendekiawan, profesional Muslim berkumpul di Langkawi!
Published byLangkawi bakal menjadi medan perbincangan intelektual apabila 24 cendekiawan dan profesional Muslim, termasuk 17 pakar antarabangsa dan tujuh tempatan, berkumpul pada Persidangan Antarabangsa Langkawi 2025 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan Islam (ISDG) pada 1 hingga 2 Februari 2025 nanti.
Dekan Pusat Pengajian Perakuanan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM), Prof Dr Ram Al Jaffri Saad berkata, persidangan ini dianjurkan oleh International Khayr Ummah Foundation (IKAF) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Katanya, persidangan ini diadakan seiring dengan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang disokong oleh Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang semakin relevan dalam pelbagai bidang terutama dalam mengarah dan membimbing organisasi dan komuniti untuk mencapai kesejahteraan sejagat.
Prof Dr Ram Al Jaffri Saad.
Pusat Pengajian Perakuanan Tunku Puteri Intan Safinaz UUM (TISSA-UUM).
Memandangkan prinsip SDG yang selari dengan nilai-nilai agama yang dilihat dapat membantu keputusan yang bijak dan bertanggungjawab dalam kelestarian alam, keadilan sosial dan tadbir urus yang baik, maka cendekiawan dan ulama ini dijemput sebagai penceramah untuk memberikan pandangan mereka dalam konteks Islam.
Penceramah yang dijemput ialah Dr. Zakir Naik (Malaysia), Dr. Omar Suleiman (AS), Dr Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Yusuf Estes (AS), Sheikh Assim Al-Hakeem (Arab Saudi), Dr Sajid Umar (UK), Shaikh Yusuf Estes (AS), Sheikh Abdul Raheem Green (UK), Dr Bilal Philips (Kanada), Dr Ahmed Ibn Saifuddin (Arab Saudi), Shaikh Waleed Basyouni (AS), Shaikh Abdur Raheem McCarty (AS), Shaikh Saeed Rageah (Kanada), Shaikh Alaa Al Sayed (Kanada), Dr Haitham Al Haddad (UK), Shaikh Hussain Yee (Malaysia), Shaikh Yusuf Idris (Sudan), Shaikh Shadi Al Suleiman (Australia) dan Shaikh Fariq Naik (Malaysia).
Selain pembentangan oleh penceramah, sesi perbincangan juga melibatkan wakil-wakil industri yang dijemput untuk bersama-sama bincangkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui perspektif Islam atau ISDG.
Acara ini terbuka kepada semua peserta secara percuma dan pengunjung digalakkan membawa keluarga.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur melalui WhatsApp atau Telegram di +6017-4526797. - KitaReporters

Langkawi jadi pusat cendekiawan dan profesional islam berkumpul dan berbincang.