Belajar teknik betul buat CPR! UTeM anjur Program CPR IPT Kebangsaan! Dihadiri 100 pemimpin pelajar!
Published byAntara peserta yang hadir ketika program asas pertolongan cemas, Program Pemulihan Kardiopulmonari atau CPR IPT peringkat Kebangsaan 2024 berlangsung.
Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya warga institusi pengajian tinggi (IPT), mengenai kepentingan dan teknik melakukan CPR dengan betul.
Antara universiti yang terlibat termasuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), dan Nilai University.
Dr. Muhammad Farhan Bachik menyampaikan perkongsian pada program CPR IPT Kebangsaan ini bersama pemimpin mahasiswa seluruh negara yang hadir
Pertama, ceramah oleh Pakar Perubatan Dr. Muhammad Farhan Bachik, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UTeM, yang menyampaikan ceramah komprehensif mengenai teknik-teknik CPR yang betul.
Ceramah ini turut merangkumi demonstrasi praktikal yang membantu peserta memahami langkah-langkah yang perlu diambil semasa keadaan kecemasan.
"Malah, sesi kuiz interaktif yang menguji pengetahuan peserta mengenai CPR dan maklumat yang telah disampaikan sepanjang program. Kuiz ini bukan sahaja menguji kefahaman peserta, tetapi juga menambah elemen keseronokan dalam pembelajaran,” katanya lagi, yang juga merupakan mahasiswa UTeM.
Antara sesi interaksi dalam kalangan peserta yang hadir dengan penceramah.
Kehadiran wakil-wakil daripada universiti lain ini menunjukkan kepentingan dan keperluan program sebegini dalam meningkatkan kesedaran mengenai pertolongan cemas pada peringkat IPT.
"Program sebegini bukan sahaja bermanfaat dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran menyelamatkan nyawa, tetapi juga memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda,” kata Al Amin yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan UTeM. - KitaReporters/Kenyataan Media