TERBANG ke serata dunia tanda ingatan tulus ikhlas daripada Raja Permaisuri Agong.


Pasti ramai tertanya-tanya apakah hadiah atau buah tangan istimewa dari istana setiap kali Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat untuk lawatan rasmi di dalam mahupun luar negara.

Jawapannya adalah sambal belacan.


Menariknya, setiap yang merasa hidangan air tangan Tunku Azizah itu pasti akan terbuai-buai dan mahukan 'buah tangan' itu lagi.

Masakan tidak, berpucuk-pucuk surat diutuskan bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yuew  sejak 2009 tanda penghargaan dan terima kasih kerana sambal belacan kiriman Raja Permaisuri Agong berjaya memikat selera pemimpin itu sekeluarga.

Secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan diplomasi antara Malaysia dan Singapura.

Bukan sahaja Singapura malah ke serata pelosok dunia sambal belacan Tunku Azizah ini 'terbang' termasuk Brunei, Geneva, London dan termasuk ke persidangan antarabangsa yang dihadiri baginda dan Al-Sultan Abdullah.

Seperti ciapan baginda dilaman Twitter semalam (25/10/2019), ''Sambal pengikat kasih''.

"Saya juga sambal belacan supplier to Brunei dan banyak negeri dan negara lain! Digelar sambal dunia oleh tukang masak saya... Tuanku Agong jadikan sebagai hadiah apabila ke luar negara menghadiri mesyurat FIFA dan FIH''.


5
1
0
0
0

Copy Link: