INI adalah pusara saksi dan wira negara Allahyarham Sepuntum, orang terakhir yang menetak mati JWW Birch, yang bakal menjadi Residen Perak dalam satu kejadian serang hendap yang dilakukan oleh pembesar Melayu dalam satu pemberotakan menentang penjajah Inggeris di Tanah Melayu. 
Kejadian itu berlaku pada 2 November 1875.

Gambar pusara Sepuntum.


Kompleks Sejarah Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu. Bangunan Muzium yang menempatkan kisah negara sejak dari Parameswara.


Selama ini kita mengaitkan Maharaja Lela sebagai pembesar negeri yang membunuh Birch itu. Sebenarnya Maharaja Lela adalah perancang utama serangan berani mati itu. 

Maharaja Lela sebelum itu melantik Pandak Endut mewakili dirinya untuk melakukan serangan. Turut menawarkan diri dalam perbincangan pembunuhan yang diadakan di rumah pembesar negeri Perak itu ialah Panjang, Kulup Ali, Datuk Sago dan Pandak Endut. 

Kejadian itu berlaku pada hari raya kedua. Bila Birch sehari sebelum itu, bersama rombongan berlabuh di Sungai Perak dan dalam keadaan perayaan itu, banyak urusan negara ditangguhkan. Dah ada ura-ura Birch akan dibunuh tapi Inggeris bongkak dan orang pertama yang kena bunuh adalah jurucakap Birch, seorang bangsa Melayu bernama Arshad.

Termenung saya melihat perbutan Sungai Perak yang menjadi 'highway' yang membawa bijih timah untuk dieksport.




JWW Birch adalah Residen Perak yang dinamakan oleh Inggeris hasil Perjanjian Pangkor antara Sultan Perak dan Kerajaan Inggeris. 

Sebenarnya kerja melombong bijih timah di Perak bukanlah dimulakan oleh Inggeris tetapi Belanda. John Truijtnam dikatakan antara pengasas pelombongan bijih timah di Perak pada 1636 -1657. 

Bila ada Perjanjian Pangkor kemudian dan bila Inggeris menyerahkan beberapa wilayahnya di Tanah Jawa yang ditukarkan dengan Belanda itulah, Perak menjadi antara negeri pertama dicabuli Inggeris.

Semua peristiwa dan rentetan pertarungan dan konflik politik dan campur tangan penjajah terpapar penuh seribu rasa bila melihat perjuangan pemimpin dan orang Melayu dalam mepertahankan kedaultan kerajaan Perak.

Detik peristiwa berdarah itu ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu. Pemberontakan itu pencetus kepada mewujudkan sistem pentadbiran demokrasi pertama di negara ini.

Melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak bersebelahan Sungai Perak yang merakamkan kisan tragis turut memberi kita peluang berdiri di tapak tempat JWW Birch dibunuh ketika sedang mandi. 

Kompleks Sejarah Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu.


Pas pelawat RM4 seorang.


Menara pandang yang dianggarkan berusia 100 tahun lebih. 


Medan jam matahari.


Mula-mula Residen itu dilempar dengan lembing oleh segerombolan rakyat yang menentang kemasukan "orang putih" dalam urusan pentadbiran negeri itu. 

Dia lari ke perahu Naga yang menjadi pengangkutan dan tempat tinggalnya sementaranya, sebelum surat pelantikan itu diberikan kepada pembesar Perak untuk pengisytiharan rasmi.

Di situ juga Birch tenggelam timbul bila terkena lembing itu. Dan akhir Sepuntumlah ternampak Birch terus menetak kepalanya. 

Sepuntum menjadi pahlawan pertama Melayu yang mencipta sebutan "amuk" yang kini perkataan itu dikatakan tercipta hasil perbuatan amukan yang dimulakan oleh bangsa Melayu.

Memorial memperingati Maharaja Lela.


Bercerai nyawa dari badan Maharaja Lela, Pandak Endut dan Dato Sago digantung di depan pejabat kerajaan, manakala kerabat Sultan Abdullah, Orang Kaya Ngah Ibrahim, Syahbandar dan beberapa orang lagi dibuang negara ke sebuah pulau. 

Dan "saksi" kejadian iaitu pusara Sepuntum kekal dapat dilihat hari ini, di tanah persemadian di sebelah jalan kompleks berkenaan.

Manakala jasa Pandak Endut akan dikenang ke akhir zaman kerana sebatang jalan utama di situ dinamakan Pandak Endut.


Melihat perubahan politik negara sekarang menyebabkan kedudukan pengurusan muzium tu seakan tidak dijaga dengan sempurna. 

Model rumah tradisional habis punah. Dinding daripada buluh sudah rosak dan sana sini bangunannya yang sangat artistik itu koyak rabak. 

Di sebelah muzium dikatakan rumah sebenar milik keluarga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Taib ditumbuhi lalang yang sudah menutup hampir keseluruhan bangunannya.

Tengok rumah bentuk lama yang sudah ditutup untuk pelawat.



Bentuk rumah tradisional orang Melayu di Zaman Kesultanan Melayu.



Bila ada masa berkunjunglah di tempat yang merakam sejarah negara. Melihat pengorbanan perwira dan hulubalang Melayu berkorban jiwa raga mempertahankan negara. 

Kalau dulu kita seberani pahlawan yang gugur di medan juang begini, di mana perginya semangat itu. 

Keadaan politik dan kedudukan Melayu kini kembali seperti penjajahan Portugis, Belanda dan Kerajaan Siam yang menakluki Tanah Melayu.

10
1
0
1
2

Copy Link: