TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"
Published by
JIKA bertemu atau berselisih dengan warga asing mesti dalam ingatan kita hanya bahasa Inggeris menjadi penghubung dan sangat mustahil mereka boleh berbahasa Melayu. Ternyata sangkaan itu meleset apabila seorang pemuda dari Romania yang dilihat fasih berbahasa Melayu dan mampu menyanyikan lagu-lagu Melayu dalam keadaan sangat sempurna. : KitaReporters.com
Gambar dari Twitter https://twitter.com/ismail_samuri.
Kisah tersebut dikongsi oleh seorang pemuda, Ismail Samuri, yang menjadi pemandu Grab kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, yang terkejut selepas pertama kali melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Pemandu Grab berkenaan berkongsi momen indah tersebut menerusi ciapan dalam Twitternya, @ismail_samuri.
“Hari ni aku bawak seorang foreigner (warganegara asing).. dia kata pandai nyanyi lagu Melayu… sekali nyanyi lancar pulak. Boleh tahan baii,” kata Ismail menerusi Twitter miliknya.
Tidak
membuang masa begitu sahaja Ismail kemudian merakamkan nyanyian Jacob.
Jacob yang berasal dari Romania mendendangkan lagu "Tiada Lagi" nyanyian Amy Search dalam rakaman 38 saat dipercayai selepas diminta Ismail berbuat demikian.
Ismail berkata, video itu bukan pertama kali Jacob menyanyikan lagu tetapi beliau tidak sempat merakam.
Selepas
diselidik, rupanya Jacob bukan insan biasa, malah beliau adalah seorang penyanyi
dan penulis lirik, jadi tidak mustahil dapat menyanyi dengan baik.
Benarlah kata pujangga, muzik mampu membentuk dan mencerminkan budaya sesuatu masyarakat selain menyatukan individu-individu yang datang dari pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza.
Lebih mengujakan, rakaman Ismail itu mendapat reaksi Jacob di Twitter dan turut menyatakan rasa terkejut selepas nyanyian lagu Melayu ketika menjadi penumpang Grab menjadi tular di media sosial di negara ini.
Akui penyanyi itu, dia hanya menyanyi dalam keadaan santai ketika menjadi penumpang Grab berkenaan.
“Tak sangka pula rakaman menyanyi dalam Grab tular dalam Twitter. Hanya seronok-seronok menyanyi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya sambil melampir hantaran ciapan Ismail Samuri ke Twitter pada 7 November lalu.
Dalam sama, Chris
dilihat merendah diri dengan menyatakan nyanyian lagu Amy Seach itu tidak
sempurna dan dilakukan secara santai selepas diminta oleh pemandu Grab
berkenaan.
“Saya
gembira ramai menyukainya terima kasih kerana menjadikannya tular. Lagi lagu
Melayu akan saya nyanyikan. Mohon beri cadangan lagu popular untuk saya belajar
pada masa depan,” kata Chris.
Jacob dilaporkan
berada di Kuala Lumpur kerana mengadakan persembahan di The Iron Fairies, hujung
bulan lalu.
Tahniah
Chris Jacob! Anda berjaya menguasai bahasa Melayu, sekali gus lagu Melayu. - KitaReporters.com