KOLABORASI ATM TUMPASKAN KES 'CULIK' OLEH LANUN DI LAUT
Published bySIREN yang yang bergema dari kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Lumut, Perak ternyata membinggitkan telinga.
Pertama untuk pemberitahuan ada "insiden" akan berlaku dan sebaik siren kedua dilepaskan, tiba-tiba pesawat juang tentera bergaung terbang di atas kepala.
Ini adalah acara "Air Show" yang dinanti-nantikan oleh pengunjung di Pangkalan Lumut bila pesawat yang membuat pertunjukan udara. Pengkalan Lumut bertukar menjadi "medan perang".
Pesawat terbang bersilih ganti dan berpusing-pusing mengelilingi kawasan pulau di sekitar Lumut. Pertunjukan udara itu sebagai pembuka persembahan "aksi perang" yang membabitkan anggota tentera dari ATM darat, laut dan udara dalam kerja-kerja menyelamat.
Letupan demi letupan dan bunyi bising dari udara memeriahkan karnival ATM sempena sambutan 86 tahun dan Perak, khususnya TLDM menjadi tuan rumah tahun ini.
Selesai "serangan" dari udara. Tiba-tiba bom meletup (bom diletupkan dalam air) sekali gus memecahkan suasana tengah hari.
Ada kanak-kanak kecil meraung menangis, mungkin takut sebab bunyian bom meletup sangat kuat, nak kata macam di medan perang pun ya. Cuma dalam dua tiga kali saja.
Mula-mula "pentas" dibuka munculnya sebuah kapal "lanun" yang merapati sebuah kapal persiaran, kononnya membawa penumpang VVIP dan pengawal peribadinya. Lontaran bomb api dilepaskan di depan kapal dan beberapa orang "lanun" bergerak menuju ke arah kapal.
"Lanun" itu berjaya "menawan" kapal persiaran berkenaan. Habiskan orang di atas kapal itu "diterajang" dan dijadikan tebusan. Ada yang kononnya kena tembak, diterajang dan dihentak dengan senapang.
Akhirnya, "lanun" merampas kapal berkenaan dan bersukarialah mereka kerana dapat menawan penghuni kapal yang boleh menghasilkan duit tebusan yang banyak itu.
ebaik menerima maklumat, helikopter kemudian dilihat menghampiri kapal persiaran itu.
Dari jauh aksi penyelamat iaitu anggota Paskal turun menggunakan tali. Seorang demi seorang. Sebelum itu, bungkusan besar dilemparkan ke atas air. Sebaik masuk laut, Paskal itu terus membuat bot laju dan secara perlahan-lahan mereka menuju ke kapal.
Dalam masa yang sama tiga bot yang dinaiki anggota Paskal membuat aksi mengepong kapal persiaran itu. Lengkap dengan mesin gun dan wira-wira.
Di udara, helikopter pengangkut mula datang, kemudian helikopter yang membawa penembak tepat menggelilingi kapal itu dan sebuah lagi hekopter ATM berlegar-legar di udara.
Aksi menyelemat VVIP itu berjalan lancar dengan pasukan Paskal berjaya menamatkan kes culik dan menyelamatkan tebusan. Mereka kemudian diikat dengan tali yang dijatuhkan dari helikopter, sebelum dibawa terbang dari kapal berkenaan. "Lanun" itu kemudian ditangkap dan keadaan kembali pulih.
Di sini, kita dapat lihat aksi-aksi berani dan tangkas anggota tentera kita melakukan kerja-kerja menyelamat. Tanpa mengabaikan keselamatan diri, mereka tampak cekap dan pantas, merisik, mengatur strategi dan akhirnya semua tebusan diselamatkan.
Bayangkan jika kejadian itu benar-benar terjadi, nyawa seluruh anggota menjadi sasaran kerana dalam usaha menyelamat tu, ada sesekali "lanun" melepaskan tembakan di udara menjadikan helikopter sebagai sasaran.
Selesai demonstrasi semua anggota terlibat dari helikopter membuat lintas hormat. Pesawat juang beberapa kali membuat terbang rendah melepasi kawasan pengkalan.
Semua askat terbabit melambai-lambaikan tangan pada penonton yang bukan saja memberi tepukan gemuruh, malah membalas lambaian itu dan sanggup berdiri tegak di tengah panas terik menyaksikan persembahan.
Dan akhir sekali ketiga-tiga bot Paskal itu mengelilingi kapal persiaran tersebut dan ada bom asap dilepaskan dari atas kapal persiaran sebagai tanda semua dimusnahkan dan askar yang terbang bergayut pada tali dan diterbangkan mengelilingi penonton turut melepaskan asap berwarna-warni menandakan usaha mereka berjaya dengan gemilang.
Tak ketinggalan bot "lanun" pon turut membuat lintas hormat dan mengekori bot askar berundur dari situ.
Ini adalah acara kemuncak dalam Karnival ATM selama dua Sabtu dan Ahad (28 dan 29 Sept 2019) lalu. Ribuan penonton hadir termasuk dari seluruh negara.
Mereka datang memberi sokongan pada anak-anak dan jika anda pernah melawat LIMA di Langkawi, persembahan udara ini tidak mengecewakan kerana semuanya membabitkan angkatan tentera kita. Cekap, berani dan tangkas.
Satu saja pesan saya. Jika ada pertunjukan acara oleh angkatan tentera Malaysia, pergilah bagi memberi sokongan dan penghargaan kepada anak-anak muda kita yang sanggup mati dan bergadai nyawa untuk negara.