JATUH BANGUN SEORANG GUNDIK DIRAJA
Published bySELEPAS beberapa hari diaibkan secara dahsyatnya di khalayak umum oleh Raja Thailand, King Maha Vajiralongkorn, pengiring diraja yang juga gundik telah menghilangkan diri secara tiba-tiba.
Raja Thai bergambar dengan gundik diraja sebelum baginda melucutkan gelaran Yang Mulia.
Sineenat Wongvajirapakdi.
Sineenat Wongvajirapakdi dilaporkan tidak kelihatan sejak beberapa hari sebaik dipecat dan ditanggalkan gelaran diraja, Yang Mulia dan pangkat dalam tentera atas tuduhan "tidak setia".
Bekas juruterbang dan pengawal diraja menjadi wanita pertama sejak seabad lalu diberi anugerah "Cho Kun Pha" (Yang Mulia Pasangan Diraja) sempena ulang tahun baginda yang ke-67 tahun Julai lalu.
Sesuatu yang sangat menakutkan dan malang sekali kerana bekas jururawat tentera itu yang dikenali sebagai Koi, 34, mungkin diharamkan daripada menjejakkan kakinya di negara Siam itu dan kena hidup dalam buangan sebagaimana tiga lagi bekas isteri maharaja itu, sebelum ini.
Dia dituduh oleh pihak istana sebagai seorang yang ingkar dan dicop sebagai "tak setia", "tidak bersyukur" dan bercita-cita tinggi untuk mengaut keuntungan dan mengejar populariti demi kepentingan diri dengan mengeluarkan arahan yang tak setaraf dengan kedudukannya.
Koi juga dikatakan cuba memutar belit orang ramai dengan dalam usaha untuk menyamaratakan kedudukannya setanding permaisuri maharaja.
Berjaya memikat Raja Thai tetapi tak berjaya membawa peranan sebagai gundik yang dinaikkan darjat.
Beberapa jam sebelum tindakan tegas diambil, pihak istana "membuang" gambar wanita itu dari tempat awam dan membuang 60 gambar di laman sesawang dan menutup terus media sosialnya.
Gambar itu termasuk gundik itu menerbangkan pesawat, melakukan aktiviti payung terjun, sesi menembak di padang sasar. Selain itu, ada gambar gundik itu menjalani latihan lima minggu ala tentera di King School di Sydney dan belajar di Kolej Tentera Diraja di Duntroon, Canberra.
KIsah pahit gundik yang kena buang ini adalah sebahagian daripada cerita dunia tentang usaha mereka yang cuba menjadi maharani. Mungkin gundik di istana Raja Thailand ini adalah segelintir gundik-gundik raja dalam misi yang tak "berjaya".
Mistres, perempuan simpanan atau gundik lahir bersama wujudnya sistem maharaja dunia. Berabad-abad lamanya, maharaja yang dianggap wakil tuhan di dunia saja yang boleh memiliki beratus-ratus gundik.
Maharaja China sepanjang pemerintahan dinasti ke dinasti, jumlah gundik yang tak terkira ini dianggap sebagai menyedap raja, pelayan seks, penari istana dan tugasannya melahirkan anak lelaki.
Malangnya ketika itu gundik lelaki tak wujud sebab kaum lelaki dipotong kemaluannya menjadi sida. Bayangkan jika maharaja masa itu sukakan gundik lelaki.
Dalam kalangan gundik raja China, selain jadi orang kanan diraja, gundik-gundik ini akan saling bersaing memenangi hati raja dan yang berjaya lahir anak lelaki paling bertuah. Malangnya juga gundik ni, bila raja mati dengan mereka pun akan dikebumikan bersama raja.
Di India juga diketahui istana maharaja penuh dengan gundik-gundik hinggakan ada satu raja itu memiliki lebih 300 gundik. Bayangkan kerja raja memilih meniduri gundiknya setiap malam.
Kisah terbaik fasa "gundik "adalah hikayat 1001 satu malam. Hikayat itu adalah satu strategi yang digunakan oleh anak pembesar negara Parsi, yang memilih untuk menjadi isteri seorang raja yang pandai mereka cerita setiap malam. Jika tidak sebelum itu, akibat kecurangan isterinya, raja akan memilih seorang perawan dan wanita akan dibunuh selepas ditiduri maharaja.
Semasa kerajaan Rom pula, raja bukan saja dikelilingi gundik perempuan tetapi buat pertama kalinya dalam sejarah, rajanya dikatakan suka mendampingi kanak-kanak lelaki. Ketika zaman Caesar (gelaran raja) memerintah, jantina tiada beza. Maknanya sejarah Nabi Luth bertapak di sini.
Dari keagungan abad silam, sekarang gundik sudah beralih kepada kehidupan pembesar, businessman, ahli politik dan lelaki yang banyak duit. "Membeli" wanita dengan taburan emas, intan berlian dan kehidupan mewah masih jadi tawaran dan impian wanita yang ingin cepat kaya.
Sejajar perkembangan semasa ada pemimpin negara ini bukan saja memiliki gundik wanita tetapi gundik lelaki dan aktiviti seksual mereka digelar semburit.
Memiliki wanita sudah tidak menyeronokkan bagi sesetengah lelaki dan bilangan mereka semakin berkembang dengan adanya kelonggaran sosial, mendapat sokongan ketua agama dan badan pertubuhan kebajikan.
Di negara yang sudah lama bertamadun England, contohnya, Camilla Parker adalah gundik tidak rasmi Putera Charles sebelum menjadi isteri kedua putera itu dengan memegang gelaran Duchess of Cromwall.
Gelaran kedua yang dimiliki suaminya. Dia sudah memiliki Charles sejak usia muda dan "merampas" Charles daripada Lady Diana sebaik pasangan itu berkahwin, Dalam usia 72 tahun, Camilla dalam giliran menunggu untuk mendapat gelaran Ratu jika Charles menaiki takhta.
Bertemu Charles ketika remaja. Mereka jatuh cinta malangnya bapa sedara Charles, Lord Mountbatten mahu kahwinkan cucu perempuannya dengan Charles. Dia telah memutuskan hubungan itu dengan menghantar Charles membuat tugasan tentera di luar negara.
Ada kata Camilla tak sanggup pula hendak tunggu Charles pulang, terus dia terima lamaran Andrew Parker.
Tinggalkan Charles sendirian dan mula menjadi putera playboy untuk menghiburkan hati dan mencari pengganti.
Maka setiap wanita jelita pernah merasa "air tangan " Charles.
Artis Hollywood kerap menjadi sasaran putera ini sehingga sekarang dikatakan penyanyi Barbara Streinsand masih lagi menjadi gundik putera itu.
Berkahwin dengan Lady Diana Spencer yang dikatakan calon pilihan Ratu, Queen Elizabeth tidak cukup mengisi hati anak sulongnya itu. Di depan belakang isteri, Charles memadu kasih malah pada hari bulan madunya, Charles siap dibekalkan ole-ole diukir "CC" (Camila-Charles) yang terus menutup hati dan rasa kasih serta cinta Diana terhadap suaminya.
Cinta itu buta bila gundik buat raja turun takhta.
Menambah perisa kehidupan dunia gundik ni, Charles macam ikut jejak datuknya, King Edward VIII yang bernikah dengan sosialit Amerika Syarikat, Wallis Simpson. Kisah cinta King Edward ni bermula selepas menaiki takhta sebaik kematian King George V.
King Edward yang masa menjadi Prince Of Wales sangat terkenal dalam kalangan selebriti Ameriksa. Satu hari dia terjatuh cinta dengan wanita itu di sebuah parti di rumah kenalannya.
King Edward tidak boleh berkahwin dengan Wallis kerana dia itu bukan janda. Jadi mereka berkasih sayang masa Wallis masih menjadi isteri orang. Ini dikatakan masa kisah suami "menjual isteri " kerana King Edward menambahkan kemewahan dan meniduri Wallis Simpsom dengan restui suaminya.
Ditentang oleh semua pihak, King Edward mengambil keputusan turun takhta dan mereka "membuang diri" dengan tinggal di Perancis dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh Istana. Selang lama selepas kematian Wallis, surat-surat cinta pada bekas suaminya ditemui.
Wanita itu amat merasai kehilangan bekas suaminya walaupun pada hakikatnya dia berjaya meruntuhkan sebuah "kerajaan raja". Cinta sejati bukan bersebab harta benda tetapi hati yang tak pernah putus merindui bekas suaminya.
Gundik King Henry yang jadi pencetus reformasi agama Kristian England.
Yang anehnya sistem beraja di England kini berasal dari kisah anak gundik. Salsiah dari gundik Anne Boleyn yang jadi isteri kedua daripada enam isteri Raja England, King Henry VIII yang terkenal dengan banyak isteri dan gundik kerana dia mahukan putera bagi menggantikannya menaiki takhta. Daripada Anne ini lahirnya Elizabeth 1, tapi diistyhiarkan anak haram.
Dari anak haram itu, Dinasti House of Windsor kekal sama sampai sekarang. Keluarga Elizabeth 1 yang lahir daripada salur-galur Anne Boleyn ni dilantik menjadi raja selepas senarai keluarga diraja Tudor sudah tak ada baka lagi.
Anne Boleyn ini mulanya jadi pengiring Ratu Catherine of Aragon yang menjadi isteri KIng Henry VIII. Bila pelan perkahwinan Anne Boleyn gagal, dia mula dipikat oleh King Henry supaya menjadi gundiknya.
Mula dia enggan tapi kakaknya Mary mengambil tempatnya, menjadi gundik raja itu. Ada pula satu artikel mendakwa, ibu Anne Boleyn ni pernah menjadi gundik raja itu dan Anne dan kakaknya ada kaitan darah dengan raja berkenaan.
Peristiwa Anne Boleyn dan King Henry mencatatkan sejarah reformasi gereja England kerana raja itu meminda perlembagaan negara dan memutuskan ikatan keagamaan England-Rom bagi memenuhi niatnya membatalkan pernikahannya demi mengejar dan menikani Anne Boleyn.
Selama ini sistem Kristianiti England berpusat di Rom. Anne dan King Henry membubarkan ikatan itu dan King Henry melantik dirinya sebagai penaung atau Pope agama itu di England.
Ini semua sebab King Henry mahu membatalkan perkahwinannya dengan Catherine. Usahanya berjaya bila dia mengesahkan berkahwin dengan Anne Boylen pada 25 Januari 1533. Walaupun sebenarnya, mereka berkahwin pada 14 November 1532.
Dan pada I Jun 1533, Elizabeth 1 lahir dan Anne Boylen kemudian dipancung sebab King Henry VIII nak memperisterikan Jane Seymour pula.