INI MAYANGSARI, SI PEMBURU 'MAKHLUK GHAIB'
Published bySEBAIK melangkah masuk ke rumah pesakit ini, terjonggol seekor entiti gelap, tak ada mata. Lubang biji matanya kosong hitam pekat, menjeling tajam. Kemudian mengekori kaki perawat tradisional ini, Mayangsari yang menaiki satu persatu tangga ke rumah itu sebelum beberapa ekor lagi makhluk sesat ini berkeliaran di sekitar rumah itu.
Limau nipis, lada hitam dan garam untuk hilangkan santau.
Ini adalah antara beberapa siri yang saya akan kongsikan dengan pembaca mengenai kerja seorang perawat tradisional atau tok bomoh yang mungkin dalam keadaan tertentu akan membuatkan pembaca berfikiran saya cuba lari dari landasan agama.
Sebagai Muslim, kita kena percaya selain manusia dalam dunia ni ada entiti atau makhluk lain yang kadangkala boleh "memasuki" badan kita dan adakalanya sampai tahap merasuk.
Saya ceritakan pengalaman Mayangsari mengubati pesakit dengan caranya saya memanggilnya "pemburu hantu" atau Ghostbuster. - KARTINI MOHD. NOOR
Siri 1.
SEBAIK melangkah masuk ke rumah pesakit ini, terjonggol seekor entiti gelap, tak ada mata. Lubang biji matanya kosong hitam pekat, menjeling tajam. Kemudian mengekori kaki perawat tradisional ini, Mayangsari yang menaiki satu persatu tangga ke rumah itu sebelum beberapa ekor lagi makhluk sesat ini berkeliaran di sekitar rumah itu.
Menakutkan rumah itu kelihatan "gelap" pada orang yang boleh melihat kehadiran hantu-hantu ini. Kebetulan Mayangsari dibuka hijabnya untuk melihat dunia makhluk gelap yang didiami pelbagai hantu.
Jika kita pernah menonton filem 13 Ghosts atau filem Ghostbusters suatu ketika itu, itulah yang Mayangsari lihat, malah lebih dahsyat lagi rupa dan bentuk hantu itu.
Macam-macam bentuk entiti yang kadangkala meloyakan, sehodoh-hodoh rupa makhluk jadian. Malah sampaikan ada ketika itu, ketika menunggang motosikalnya, Mayangsari terpaksa memijak dan "melanggar" mereka yang penuh sesak mundar mandir di jalan raya terutama pada waktu petang sebelum subuh menjelma.
Kalau nak tambah cara dia bersilat lebih kurang dalam filem Blade, Hensel dan Gretel, Van Helsing yang bagi orang putih mudah saja mereka bangkitkan kisah-kisah hantu dan makhluk jadian yang jadi tontonan berjuta-juta manusia.
Itulah Mayangsari yang dikelilingi "askar-askar gelapnya" mengiringinya ketika memberi khidmat kepada pesakit. Dan paling menakutkan bagi sesetengah hantu itu mampu beranak sehingga 200 ekor seminggu!...
Jika kita tak kuat semangat, bayangkan terjonggol hantu tanpa kepala, pontianak atau langsuir dan toyol yang berbentuk seperti budak kecil, berkepala botak serta bertanduk.
Masa dalam rumah itulah, Mayangsari melihat makhluk gelap yang kita biasa panggil hantu ini, merenung tajam ke arahnya dan kelihatan bersedia untuk menerkam. Siap kau!, bisik Mayangsari.
Kisahnya, pesakit yang perlu diubati ini dikatakan mengalami gangguan yang menyebabkan seluruh badan dia seperti dicucuk. Dalam badannya seakan ada "semut" yang merayap-rayap di bawah kulitnya.
Gatalnya hanya tuhan yang tahu dan habis kulitnya menggelupas akibat digaru. Malah pada waktu malam, dia tak boleh tidur, terasa lantai rumahnya panas bila dipijak dan sakit yang berterusan di bahagian rahimnya.
Sebagai perawat tradisional, kerja "bersilat" dengan hantu ini bukan mudah kerana untuk merawat pesakit ini ada yang pelbagai bentuk makhluk jahat mendiami rumahnya.
Bermula dengan Hantu Gunduro yang sangat besar dan menjadi ketua antara hantu-hantau itu kelihatan rilek sedang melekat di sudut dinding di ruang tamu. Matanya merah menyala dan sebaik bertembung, dia sudah tahu kawanan hantu lain mesti ada di semua bilik di rumah tu.
Hantu pocong yang biasa kita lihat di televisyen sedang berdiri di antara hantu-hantu itu, Hantu raya, pelesit dan hantu tinggi itu pula macam berpakat untuk menduduki rumah itu. Mereka ini dihantar oleh seseorang yang rapat dengan pesakit ini.
Tujuannya untuk membuat wanita ini resah dan "sakit" sepanjang hayat.
Gumpalan dawai dan pin... anda percaya ini angkara santau?
Santau juga ditambah dari semasa ke semasa ke atas dirinya dengan niat ajal wanita itu dapat dipercepatkan.
Dah lama rupanya kesakitan itu dialaminya.
Sejak mendirikan rumah tangga lagi wanita ini disantau. Satu untuk menundukkan dia supaya segala kehendak lelaki itu dituruti tanpa tolakan. Termasuk hidup bermadu.
Dan wanita ini seakan dipukau, terima saja perbuatan suaminya macam orang bodoh malah dia turut memberi duit ringgit tanpa ada rasa persoalan sedikitpun.
Malah awal-awal berkahwin lagi sebenarnya wanita itu diberi makan santau. Kebetulan pula dia menjawat jawatan tinggi, jadi soal duit dan kemewahan ditaburkan kepada suaminya untuk menunjukkan kasih sayangnya itu.
Dan kasihan betul, wang yang diperolehi itu sebaliknya digunakan untuk berbelanja memikat dan membeli hadiah pada wanita yang berjaya ditawan hatinya.
Bertahun-tahun keadaan itu berlaku dari rupa yang cantik, wanita ini jadi serabut serabai, muka pucat, selalu sakit dan rahimnya pernah terkeluar darah segar yang berpanjangan sehingga doktor terpaksa membedah dan memasang alat khas untuk mencegah darah itu dikawal.
Anehnya wanita ini tidak sedar sakitnya disebabkan santau dan rupa-rupanya selama ini pada rahimnya ada dua ekor nenek kebayan yang berbentuk gumpulan darah yang tugasnya merosakkan rahimnya.
Darah segar yang mengalir dari rahimnya jika tidak dikawal boleh mengakibatkan kehilangan nyawanya.
Dia menderita sangat teruk. Ada suatu ketika, dia meraung-raung kesakitan tanpa tahu punya sakitnya. Tertiba seluruh anggota badannya kejang dan segala sendinya bagaikan hendak tercabut.
Wanita ini fikirkan ajalnya sedang memanggilnya.
Gandingan limau nipis, lada hitam dan garam digunakan untuk hilangkan santau.
Tetapi demi kasih sayang dan memikirkan kebajikan anak-anaknya yang masih kecil dan dengan bantuan jiran-jirannya yang sangat prihatin, dia berubat dengan bersolat, berzikir dan tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Penyakitnya kadangkala datangnya, tidak menentu, selalunya selepas maghrib sehingga ke subuh, dia terguling-guling menahan kesakitan dan ketika tempoh sakitnya reda.
Dia sudahpun bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu sudah tidak pulang lagi ke rumah. Suaminya dikatakan termakan nasi kangkang. Badannya sudah "rosak" dan kata seorang perawat yang pernah ditemui mungkin sudah terlambat untuk diubati bekas suaminya kerana ilmu hitam sudah sebati dengan diri lelaki itu.
Dan wanita ini agak bernasib baik kerana ada jirannya yang mahir dalam melihat kes-kes kena buatan ni dan diajaknya dia duduk di rumahnya untuk bersolat, membaca al-Quran.
Berbulan-bulan penderitaan itu dialami. Dia pun pasrah dan reda dengan takdir itu demi anak-anaknya yang sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Lelaki itu memilih untuk berkahwin dengan janda anak empat.
Malah ada jiran Indonesia memanggil seorang perawat tradisional orang Jawa untuk mengubat diri secara batiniah. Jirannya "diserang" oleh makhluk gelap itu secara bertubi-tubi. Dia buka atap rumah dan mengalunkan azan untuk menghalau makhluk berkenaan dari rumah itu.
Malangnya keadaan itu hanya baik sekejap, lepas itu sakit datang balik.
Wanita ni bimbang jika dibiarkan keadaan itu boleh menjejaskan prestasi kerjanya dan dia penanggung tunggal anak-anaknya yang masih di bangku sekolah.
Nasib baik, majikannya memahami keadaan dalam proses perceraian dan segala masalah dalaman dirinya diubati berselang-seli dengan ketabahannya menyelesaikan tanggungjawab di pejabat. Malah dia mampu menjadikan tempatnya bekerja dapat nombor satu dalam persaingan mendapatkan pelanggan yang ingin melabur.
Dari seorang alim hingga perawat Islam ditemuinya. Akhirnya pertemuannya dengan Mayangsari ini secara kebetulan saja.
Dari seorang kawan yang berurusan dengan Mayangsari, wanita ini ditemukan dan hasilnya usaha membersihkan kediamannya daripada ditakluki oleh roh-roh gelap ini bermula dengan penuh debaran.
Bersambung....