KEB 2024 bantu tetapkan hala tuju, pendekatan baharu! Agar lebih adil, saksama, inklusif! - Anwar

Published by
KitaReporters


"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera hari ini (22 Januari 2024) yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri yang berkaitan serta beberapa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan.

"Mesyuarat mendengar taklimat dan menyinggung kedudukan serta cabaran semasa dan akan datang terkait pembangunan ekonomi Bumiputera. 

"Antara lain, saya tekankan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan perlu sentiasa didasari tatakelola yang jelas. 

"Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu terus komited memainkan peranan dalam menyokong agenda nasional ini. 

"Mesyuarat turut membincangkan mengenai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024. 

"KEB 2024 bertujuan membantu Kerajaan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu serta penambahbaikan agenda Bumiputera yang adil, saksama dan inklusif.

"Mesyuarat turut mendengar pandangan awal yang dibentangkan oleh Pengerusi-pengerusi kluster sesi libat urus yang telah ditubuhkan bagi tujuan KEB 2024. Banyak isu di lapangan dan cadangan bernas yang dilontarkan. 

"Saya menyambut baik kerjasama strategik yang diwujudkan dan menekankan kepentingan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 22 Januari 2024)


12
17
0
6
0

Copy Link: