Cara ampuh perangi produk tiruan! NBOB perkenal kod keselamatan QR! Hanya imbas guna telefon pintar!
Published bySemua orang nak cantik dan sihat! Namun dalam keghairahan memenuhi kehendak tersebut, ramai tidak cakna tentang produk kecantikan dan kesihatan yang mereka gunakan. Keghairahan membuta tuli itu memudahkan mereka terpedaya dengan produk-produk tiruan yang berlambak dalam pasaran.
Manakala pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memperguna keghairahan tersebut terus menghasilkan produk tiruan. Mereka sangat licik kerana permintaan sentiasa ada.
Pengurusi NBOB, Puan Sri Rositah Md Mawi memberi ucapan.
Isu ini turut memberi tekanan kepada pemain industri
kecantikan kerana produk-produk yang mereka hasilkan sering diciplak. Sekiranya
isu ini terus berlarutan, mereka akan kehilangan pengguna.
Justeru, sekiranya anda mahu membeli sesuatu produk, lihat dan kajilah dengan teliti.
Sebenarnya agak sukar untuk menentukan produk tersebut adalah asli atau tiruan. Inilah masalah sebenarnya! Ramai yang tidak tahu cara untuk memastikan sesuatu produk itu asli atau tiruan.
Kod keselamatan QR memberi peluang pengguna untuk mengetahui maklumat sesuatu produk.
Namun, seiring dengan peningkatan teknologi masa
kini, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan adanya kod keselamatan QR
(quick response) industri kecantikan yang diperkenal oleh National Board of
Beauty (Lembaga Kebangsaan Kecantikan atau NBOB) pada 30 Mei 2024 lalu.
Ia direka khas untuk industri kecantikan bagi mengatasi masalah lambakan produk-produk tiruan yang ada dalam pasaran.
Selain itu, kod keselamatan QR ini juga memastikan pengguna mendapat akses kepada maklumat produk dengan mudah dan terperinci seterusnya mengelakkan daripada terbeli produk tiruan.
Antara lain kelebihan kod keselamatan QR ini
ialah dapat memberi kesedaran kepenggunaan berkenaan keselamatan dan kualiti
sesuatu produk. Malah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan
pengguna.
Kod keselamatam QR ini turut dapat membanteras dan memerangi produk tiruan yang ada dalam pasaran.
Semudah memetik jari, pengguna hanya perlu mengimbas kod keselamatan QR menggunakan telefor pintar untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan tanpa menggunakan atau memuat turun aplikasi. Mudah bukan? - KitaReporters
Pengguna hanya perlu imbas kod keselamatan QR menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat produk.