Restoran khidmat segera terkemuka, McDonald’s Malaysia, meneruskan acara tahunannya dalam menaja jamuan moreh di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini. Istimewanya pada tahun 2023 ini, acara ini telah dijenamakan sebagai Misi Moreh Mekdi dan melebarluaskan tajaan jamuan moreh ini ke universiti awam di seluruh negara dalam usaha untuk menyantuni komuniti sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

“Setiap tahun, McDonald’s Malaysia akan mengadakan inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi. 

"Tajaan jamuan moreh pada bulan Ramadan ini merupakan acara tahunan McDonald’s Malaysia sejak sembilan tahun yang lalu dan merupakan satu inisiatif yang dekat di hati kami,” kata Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia. 



“Pada tahun ini (2023), berkat rezeki yang ingin kami kongsi bersama komuniti dan usaha kami dalam mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau, acara tajaan moreh ini dijenamakan sebagai Misi Moreh Mekdi dan diperluas lagi edarannya meliputi univesiti awam terpilih di seluruh negara. 

"Ini adalah bagi memberi kegembiraan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan berjauhan dengan keluarga untuk sama-sama menikmati menu kegemaran masyarakat Malaysia ini,” tambah Azmir.

Sejak dari 1 Ramadan 1444H tahun ini, Misi Moreh Mekdi telah mula menjelajah ke pelbagai lokasi masjid dan surau, antaranya adalah Masjid Saidina Hamzah dan Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. 



“Sumbangan moreh oleh McDonald’s Malaysia sangat membantu pihak pengurusan masjid dalam usaha kami mengimarahkan masjid dan surau. 

"Moreh tajaan McDonald’s Malaysia secara tidak langsung dapat memberi keselesaan kepada para jemaah bermalam di masjid dan surau untuk beribadah pada bulan Ramadan ini tanpa rasa lapar. Tambahan pula, kebanyakan jemaah di sini terdiri daripada golongan B40 yang tinggal di tujuh blok flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” kata Hairul Anwar Ashaari, Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Hidayah Sentul yang juga penduduk di Sentul Impian.

Menurut Hairul Anwar lagi, salah seorang penduduk di kawasan ini, tajaan hidangan moreh ini dapat mengalakkan kehadiran komuniti sekeliling untuk hadir ke masjid di samping menghidupkan suasana bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Hasrat saya supaya Misi Moreh Mekdi dapat diteruskan pada masa akan datang. Kami bersyukur McDonald’s sudi menginfaqkan bantuan kepada masjid. Saya mewakili Masjid Al-Hidayah mengucapkan terima kasih dan berharap kita dapat menjalin kerjasama bagi program lain pada masa akan datang,” kata Mohd Jiwa Khairi, Pengerusi, Masjid Al-Hidayah Sentul yang merupakan pesara DBKL dan tinggal di Taman Sentul Utama.



Inisiatif-inisiatif mendekati komuniti di sekitar lokasi operasi McDonald’s yang boleh membawa impak-impak positif merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. 

Dengan peningkatan jumlah restoran saban tahun, 2022 adalah tahun kejayaan bagi McDonald's dengan pencapaian jumlah pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan paling banyak setakat ini iaitu lebih 19,000 program komuniti. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
13
0
12
0

Copy Link: