Untuk pembaca KitaReporters! As Safa Travels & Tours tawar pakej umrah ekonomi khas! Dari RM5,990!

Published by
KitaReporters



As Safa Travel & Tours kini menawarkan Pakej Umrah Ekonomi khas untuk pembaca dan ahli keluarga pembaca KitaReporters.com dengan harga istimewa bermula dari RM5,990.

Menurut Pengarah Eksekutif As Safa Travel & Tours, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar, pakej ini ditawarkan sebagai penghargaan kepada portal KitaReporters yang sentiasa menyampaikan informasi serta memberikan kesedaran mengenai ibadah umrah.
“Kami berharap dengan tawaran harga ekonomi ini, lebih ramai dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menunaikan ibadah dengan selesa serta mampu milik,” katanya.
Melalui Kemudahan Pakej Umrah Ekonomi ini, jemaah akan menerima kemudahan berikut:
  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi.
  • Penginapan selesa seperti yang telah dijadualkan.
  • Bimbingan mutawif berpengalaman dari KLIA, Jeddah, Mekah dan Madinah.
  • Makanan (full board) di Madinah.
  • Ziarah di Mekah dan Madinah.
  • Insurans berkumpulan, visa umrah individu, air zamzam, dan beg sandang percuma daripada syarikat.




Pakej ini turut menampilkan Pakej Umrah Standard dan Premium, yang menawarkan lebih banyak kemudahan kepada jemaah mengikut keperluan mereka.

Menurut Ustaz Md Roslan lagi, pakej ekonomi ini juga mengambil kira keutamaan jemaah, yang mahukan fleksibiliti pemilihan makanan di Mekah - yang ingin menikmati makanan di deretan kedai berhampiran Masjidil Haram.
“Ramai jemaah lebih selesa memilih makanan sendiri kerana harganya berpatutan dan mereka tidak perlu berulang-alik ke hotel semata-mata untuk makan. Ini membolehkan mereka lebih fokus beribadah,” jelasnya.
Selain pakej ekonomi, As Safa Travel & Tours turut menawarkan Pakej Umrah Premium bermula serendah RM9,890, termasuk penginapan hotel berdekatan masjid serta perkhidmatan percuma Haramain Train bagi memudahkan perjalanan jemaah.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikan haji, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan Badal Haji dengan harga bermula RM5,500, namun slot ini terhad kepada 50 orang sahaja berdasarkan kapasiti petugas di Mekah.
“Allah menjemput semua umat Islam untuk ke Mekah selagi berkemampuan. Malah, bagi mereka yang telah meninggal dunia dan belum menunaikan haji atau umrah, waris wajib melaksanakan badal haji atau umrah bagi pihak mereka,” tambahnya.


Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri haji dan umrah, Ustaz Md Roslan komited untuk menjadikan As Safa Travel & Tours sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan umrah dan haji di Malaysia.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan, boleh menghubungi Ustaz Ahyat menerusi talian 013-2494033. - KitaReporters

13
11
0
17
0

Copy Link: