CIMB Islamic Bank Berhad dan CIMB Foundation (atau CIMB) mengukuhkan komitmennya dalam menyokong pelanggan dan masyarakat menerusi program Harapan Ramadan (Program) dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk membantu lebih 40,000 individu kurang berkemampuan dan keluarga di seluruh Malaysia bersempena dengan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang. 

Menariknya, Program tahun ini (2025) ialah inisiatif CIMB Harapan Ramadan Berkat Bersama 2025 yang mengembangkan akses pasaran bagi peniaga mikro, membolehkan perniagaan mereka mencapai khalayak lebih luas dan membangunkan perniagaan mereka. 

Harapan Ramadan ialah inisiatif CIMB dengan usaha sama Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan Islamic Relief Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, Program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, mencapai komuniti kurang berkemampuan dengan sokongan diperlukan, memupuk keterangkuman dan penglibatan bermakna bagi memperkasa golongan memerlukan di bulan mulia Ramadan ini. 

Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan CIMB Foundation berkata, “Kami amat komited dalam memacu impak positif dengan memastikan sokongan yang kami berikan, mencerminkan keterangkuman dan pemerkasaan dalam kehidupan individu individu dan komuniti memerlukan. 

"Menerusi Harapan Ramadan, kami memperluas bantuan kepada golongan memerlukan dan keluarga berpendapatan rendah dengan menyediakan sumber asas seperti makanan dan dana kewangan, sementara menyediakan peluang-peluang kepada perusahaan mikro untuk berkembang. 

"Bukan sekadar bantuan, inisiatif ini juga memperkasa semangat kebersamaan dan komuniti, memupuk nilai-nilai kebaikan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial. 

"Menerusinya juga, kami berharap dapat membawa sinar harapan dan meringankan beban serta memperkasa masyarakat seramai mungkin sepanjang bulan penuh keberkatan ini.” 



Tahun ini (2025), CIMB terus mengukuhkan sokongan terhadap peniaga mikro dengan menyediakan platform untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka.

CIMB Harapan Ramadan Berkat Bersama, yang dijalankan dari 10 hingga 14 Mac 2025 di jambatan penghubung antara MRT Muzium Negara dan KL Sentral, melibatkan 14 peniaga daripada program-program pembinaan kapasiti CIMB, menjual barangan Ramadan dan bertemakan raya termasuk kuih muih, pakaian dan dekorasi rumah. 

Peniaga-peniaga mikro berkenaan ialah daripada Program Keusahawanan CIMB Islamic, CIMB Islamic-Taylor, iTaajir dan MicroBizReady CIMB Foundation. 

Inisiatif-inisiatif ini bermatlamat untuk memperkasa peniaga mikro untuk membina kehidupan yang mampan dan memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang. 

Program tahunan CIMB, Harapan Ramadan telah diperluas ke 100 lokasi seluruh negara, menyokong golongan asnaf termasuk fakir miskin, anak yatim, keluarga B40, ibu tunggal, pelarian, pelajar tahfiz dan madrasah serta komuniti Orang Asli. 

Penerima bantuan diberikan kotak makanan keperluan dengan barangan ruji seperti beras, minyak masak dan makanan sedia untuk dimakan bagi meringankan bebanan kewangan pada bulan puasa dan untuk perayaan akan datang. 

Selain itu, elaun tunai juga disediakan kepada anak-anak yatim untuk menampung keperluan mereka dan membantu kanak-kanak berkenaan membeli-belah persiapan hari raya. 



Dalam semangat kebersamaan, program iftar termasuk edaran bubur lambuk, dijalankan untuk memupuk jalinan komuniti di empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu Bukit Jalil, Lembah Subang, Perumahan Awam Seri Selangor, dan Seri Alam yang dipacu oleh CIMB baru-baru ini menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani). 

Sejak diperkenal pada 2022, program Harapan Ramadan telah berjaya menggerakkan dana lebih RM6.6 juta, memanfaatkan lebih 100,000 penerima daripada komuniti kurang berkemampuan. 

Program itu juga telah melihat lebih 700 sukarelawan CIMB turut serta dalam usaha-usaha sukarelawan di seluruh Malaysia. 

Sebagai warga korporat bertanggungjawab, CIMB akan terus mendepani inisiatif-inisiatif yang menambah baik kehidupan dan ketahanan ekonomi komuniti terbabit. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
13
0
6
0

Copy Link: