Video| Komentar| MRT Laluan Putrajaya beroperasi! Tapi adab, sikap baik kita guna pengangkutan awam?

Published by
KitaReporters


MRT Laluan Putrajaya (Kwasa Damansara-Putrajaya Sentral) memulakan operasinya pada hari ini, 16 Mar 2023 jam 3.00 petang. Pastinya ia berita gembira buat pengguna kenderaan awam terutamanya bagi penduduk sekitar. 

Malah lebih menggembirakan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tambang percuma bermula 16 hingga 31 Mac 2023 bagi laluan tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengangkutan awam


Tidak dinafikan Malaysia mempunyai pengangkutan awam terbaik dan termoden yang diiktiraf di rantau Asia Tenggara. Namun, selarikah pengiktirafan itu dengan sikap dan adab rakyat Malaysia ketika menaikinya?

Hakikatnya adab pengguna kenderaan awam di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding rakyat Jepun atau paling dekat Singapura.

Tak usah terlalu bangga memiliki kenderaan awam termoden tapi sikap dan adab masih menunjukkan sikap orang zaman kuno.

Bab bersembang, kereta pun boleh terbang. Tapi bila disebut bab adab, masing-masing tutup mata buat-buat tak nampak. Lihat sahaja adab anda dalam LRT, MRT, monorel dan sistem pengangkutan yang lain, adakah anda amalkan sikap dan adab sopan ketika menggunakannya?

Selalu terjadi apabila tempat duduk khas untuk warga emas, OKU dan ibu mengandung digunakan oleh orang yang normal. Tanpa rasa bersalah, anda duduk di situ sedangkan yang layak menggunakannya hanya berdiri di sebelah. Buat-buat tak nampak atau tidur kononnya!

Bagaimana untuk menjadi penumpang atau pengguna kenderaan awam yang beradab? Cuba anda lakukan amalan ini ketika naik kenderaan awam, barulah boleh dipanggil penumpang beradab.



Semua stesen terutama pengangkutan rel mempunyai eskalator. Nak naik benda alah itupun kena ada adab dan peraturan untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak.

Kalau anda rasa nak bersantai, berdirilah di sebelah kiri kerana di sebelah kanan adalah laluan pantas atau fast lane.

Sama jugalah kalau anda memandu di jalan raya, lorong kiri untuk perlahan dan lorong kanan untuk laju.

Kemudian jangan berebut-berebut ketika memasuki tren. Anda kena beratur di bahagian sisi pintu dan beri laluan pengguna dalam tren untuk keluar terlebih dahulu.

Tak larinya tren dikejar. Lagipun kalau terlepas yang ini, ada lagi yang lain. Jangan kerana sikap buruk anda, orang yang nak turun di hentian tersebut tak dapat keluar. Bukan anda je nak cepat tapi orang lain pun sama.

Lagi satu, tahulah anda tak sempat nak makan di rumah tapi janganlah sampai makan minum di dalam tren. Ingat tren tempat untuk berkhelah ke! Kalau lapar sekalipun, bawa bersabar.

Perbuatan makan minum di dalam tren boleh mengganggu keselesaan penumpang lain dan kemungkinan sampah di buang di dalam tren. Sekiranya makanan tertumpah, siapa nak bersihkan. Nak harapkan anda yang bersihkan, jangan harap!



Kalau anda nampak ada penumpang yang lebih memerlukan tempat duduk, berilah kepada mereka. Tak payahlah berlakon buat-buat tidur atau main handphone. Itu trick lamalah!

Lagi satu, tempat duduk khas hanya untuk golongan warga emas, OKU dan wanita mengandung sahaja. Anda yang bukan dalam golongan tersebut, janganlah duduk di situ tanpa rasa bersalah.

Akhir sekali tangan jangan mudah sangat nak lakukan perbuatan vandalisme, conteng sana sini! Jangan memandai-mandai tekan butang kecemasan sekiranya tiada kecemasan.

Peralatan atau kemudahan yang ada di dalam tren jangan dirosakkan! Hargailah kemudahan yang disediakan untuk kita. Faham tak!! - KitaReporters


15
13
0
12
0

Copy Link: