Berkongsi rasa Raya Penuh Makna! Yayasan Mr DIY semarakkan kegembiraan sambut Hari Raya Aidilfitri!
Published byPenghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKAYATIM), Kota Bharu, Kelantan menerima sumbangan ‘Raya Penuh Makna’ daripada Yayasan Mr DIY.
Dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Yayasan Mr DIY, cabang amal Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY), memastikan semangat kebersamaan dan kemurahan hati dapat dirasai seramai mungkin anggota masyarakat.
Menerusi inisiatif ‘Raya Penuh Makna’, Yayasan Mr DIY baru-baru ini berkunjung ke Rumah Bakti Nur Syaheera, sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur, untuk mengadakan sebuah majlis berbuka puasa yang amat bermakna.
Sebelum berbuka puasa, sukarelawan Yayasan Mr DIY beramah mesra dengan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut menerusi pelbagai permainan dan aktiviti menghias rumah tersebut sempena hari raya.
Untuk menceriakan lagi sambutan itu, Yayasan Mr DIY turut menyampaikan kotak hadiah ‘Raya Penuh Makna’ yang mengandungi pelbagai barangan keperluan harian dan hiasan hari raya, selain sumbangan baucar tunai Mr DIY bernilai RM3,000.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh.
Alex Goh (berdiri, tiga dari kanan) bersama anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera, Kuala Lumpur, meraikan ‘Raya Penuh Makna’ bersama Yayasan Mr DIY.
Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata, “Di Yayasan Mr DIY, kami percaya bahawa setiap perayaan harus membawa makna yang mendalam kepada semua.
"‘Raya Penuh Makna’ mencerminkan komitmen kami untuk menyokong komuniti setempat serta menggalakkan orang ramai berbuat kebaikan.
"Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan, memupuk perpaduan, malah juga memastikan tiada sesiapa yang berasa tersisih semasa sambutan Aidilfitri yang sangat istimewa ini.”
Selain lawatan tersebut, Yayasan Mr DIY turut menyalurkan kotak hadiah ‘Raya Penuh Makna’ yang mengandungi pelbagai barangan keperluan kepada 13 rumah kebajikan lain di seluruh negara.
Sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan amalan berkongsi rezeki, Yayasan Mr DIY juga mengagihkan bubur lambuk kepada para pengguna pengangkutan awam.
Sebanyak 400 pek bubur lambuk telah diedarkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), manakala 100 pek lagi diagihkan di stesen Semantan dan Kota Damansara.
Penyediaan bubur lambuk di TBS dijalankan dengan kerjasama sukarelawan Yayasan Mr DIY serta jawatankuasa Masjid Taman Bukit Belimbing, yang mengukuhkan semangat kemasyarakatan dan kemurahan hati.
Anak-anak Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Telok Mas, Melaka berkongsi ‘‘Raya Penuh Makna’ dengan sukarelawan Yayasan Mr DIY.
“Kami amat berterima kasih kepada rumah-rumah kebajikan dan organisasi yang sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi saat-saat istimewa ini bersama mereka.
"Sekalung penghargaan juga kami sampaikan kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ ini.
"Kami berharap usaha ini dapat membawa keceriaan dan kegembiraan kepada semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” tambah Zaleha. - KitaReporters/Kenyataan Media