Geran RM50k-RM100k kepada ketua masyarakat! Dana Komuniti Madani! Untuk projek ekonomi setempat!
Published by
KitaReporters
--title--
"Merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya hari ini (Sabtu, 25 November 2023). Teruja melihat sambutan luar biasa orang ramai di karnival ini yang telah mencecah lebih 600,000 pengunjung sejak Rabu, 22 November 2023 lalu.
"Saya ucap tahniah kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan 10 agensi yang terlibat dalam penganjuran KUD@Putrajaya.
"Meskipun ada pihak yang berbicara kononnya orang Melayu tertekan, Islam tercabar, namun hakikatnya itu hanyalah retorik politik kosong kerana terbukti lebih 80 peratus kegiatan di KKDW memberi manfaat langsung kepada orang Melayu dan Bumiputera.
"Saya turut singgung mengenai usaha gigih kerajaan menarik pelaburan luar sepanjang setahun lalu, antaranya daripada konglomerat Amerika Syarikat, Eropah dan China yang bersetuju melabur ratusan bilion ringgit di Malaysia.
"Pelaburan-pelaburan ini penting untuk melonjak dan mengembangkan ekonomi negara, sekali gus mewujudkan ribuan peluang pekerjaan serta limpahan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat, termasuk golongan usahawan.
"Saya juga menyentuh mengenai inisiatif terbaharu daripada kerajaan iaitu Dana Komuniti MADANI yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 membabitkan peruntukan berjumlah RM1 bilion.
"Menerusi dana ini, kerajaan menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada ketua-ketua masyarakat di kampung dan perumahan kos rumah untuk memilih dan menjalankan sendiri projek-projek ekonomi setempat sama ada tanaman sayur, kraf tangan dan sebagainya.
"Sekiranya inisiatif ini menunjukkan perkembangan positif dan berjaya mengangkat tahap ekonomi penduduk, saya sedia menambah peruntukan RM2 bilion sebelum akhir tahun depan." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 25 November 2023)
12
9
1
13
0