Mahu berbulan madu di awan biru! Jom kahwin pada ketinggian 6,000 kaki atas paras laut! Menakjubkan!
Published by.
MUNGKIN jarang kita dengar rangkaian tiga hotel serba mewah, serba hebat ini yang ditabirkan oleh satu syarikat memilih strategi perniagaan yang mampu memenuhi cita rasa pengunjung dengan menawarkan keistimewaan tersendiri bagi tetamu yang ingin mencipta momen sepanjang menghabiskan cuti di tanah tinggi Genting Highlands.
Daripada hasrat pengunjung yang mahukan hotel "mesra Muslim" sehinggakan hotel bertemakan seribu satu malam ajaib dan pengantin yang mahu "berkahwin dan berbulan madu di atas awan biru" pada 6,000 kaki dari paras laut.
Bayangkan sesudah melafaz akad nikah atau ikrar kahwin di ballrom terbesar di tempat sama tinggi dengan Gunung Titiwangsa, kemudian menghabiskan hari-hari beradu asmara seperti mana lagu Fantasi Bulan Madu lagu dendangan kumpulan Search itu.
"Bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu" atau bercita-cita menjadi tuan puteri dalam hikayat dongeng, penyanyi rock dan sekadar santai-santai menikmati alam semesta penuh kehijauan dan cuaca dingin serta "berjalan dalam kabus". Anda pilih saja, satu hotel tu saja ada lebih 1,885 bilik satu, dua dan tiga bilik.
Pengarah Kumpulan Pemasaran Ion Majestic Hospitality, Charles Wong berkata tetamu boleh memilih untuk menginap, melakukan aktiviti keluarga dan urusan perniagaan atau melangsungkan perkahwinan, ulang tahun serta berhibur di Grand Ion Deleme, 1001 Nights Hotel atau Wyndham Ion Majestic, semua di Genting Highlands.
Hotel-hotel itu yang diuruskan oleh NCT Group Of Companies sudah disenaraikan dalam Guinness Book of Record sebagai hotel di altitud (kedudukan) tertinggi di negara ini dan keistimewaan sedang menunggu pengunjung yang mahu berasa di Paris apabila Piramid Kaca Atas Langit (Sky Glass Piramid), jambatan kaca paras tertinggi, Dewan Bangkuet Paling Tinggi dan paling mencabar minda apabila hotel itu menawarkan keterujaan menaiki lif yang serba kaca.
Daripada panorama awan pagi yang mempersonakan dan diseliputi kedinginan sehingga mencucuk tulang disebabkan kabus di dalam bilik, inilah kelebihan pengalaman yang ditawarkan di sini.
Charles Wong yang cekap berbahasa Indonesia kerana kerap berulang alik ke Indonesia melayan wartawan dari Utusan dan KitaReporters tentang kemudahan di tiga hotel .
Bayangkan di Wyndham Ion Majestic akan dibina dengan Hard Rock Cafe paling tinggi pernah dibina.
Pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam apabila ada pelantar terbuka terjulur keluar bangunan yang membolehkan kita berdiri di luar bilik untuk menyedut udara segar gunung, sekali gus boleh menyebabkan jantung berdebar kencang kerana kita seolah-olah "tergantung" di luar hotel.
Di Deleme Ion Majestic memang dikatogerikan sebagai hotel "mesra Muslim' kerana menyediakan kemudahan surau, tempat makan halal untuk keluarga bersukaria menikmati cuti atau mereka yang mahukan penginapan lama untuk membuat urusan perniagaan.
Di antara hotel itu, ada kenderaan buggy yang memudahkan tetamu.
Charles berkata untuk penghuni muda, 1001 Night Hotel di tengah dua hotel itu menawarkan konsep penginapan sebagaimana buku hikayat seperti bilik yang "mengubah" rasa diri kita sebagai putera-puteri dalam cerita kanak-kanak atau menjadi penyanyi rock bila latar belakang bilik diubah seumpama orang mahu mengadakan konsep hiburan!
1001 Nights Hotel yang menjadikan impian anda satu kenyataan.
"Kita tidak menawarkan kegiatan judi di sini dan sebagai satu kelebihan tiga hotel ini menawarkan pusat percutian yang ibu bapa dan keluarga rasa selesa dengan konsep alam sekitar, ketenangan, merawat diri dan memenuhi impian yang ada dalam diri kita seperti cerita dongeng," katanya.
1001 Nights Hotel dinamakan oleh seorang pakar strategi perniagaan dan berada di sini, kita "hilang" dalam dunia bertema tersendiri, katanya yang kini ramai pengunjung ke situ dari China dan India.
Seharian menghabiskan masa di pusat hiburan termasuk taman tema di Skyworld yang tidak jauh dari hotel itu, mereka meneruskan keseronokan bila bilik mereka dicantikan bak bilik tuan puteri atau putera raja atau penyanyi rock.
Nikmat istimewa untuk pengunjung untuk tinggal di sini.
Wow....
Rekod Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highlands dalam disenaraikan dalam " Malaysia Book of Records " :
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Glass Bottom Link Bridge as of September 29, 2019
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Clear Glass Sky Lift as of September 20, 2019
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Largest Banquet Hall as of September 29, 2018
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Glass House as of September 29, 2018