Co-opbank Pertama (CBP) pada 13 Mei 2023 lalu menyampaikan sumbangan kepada 60 orang pelajar-pelajar sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di sekitar Melaka. 

Program sumbangan ini turut mendapat kerjasama dari Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) dan juga disokong oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tun (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut serta di dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi; Pegawai Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Kobemas, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Umar Sarim Saidin. 


Mohd Ali Mohd Rustam (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan CSR Co-
opbank Pertama kepada 60 pelajar dan 6 masjid negeri di Melaka.

“Program yang diadakan pada hari ini merupakan kerjasama antara CBP dan juga Kobemas yang disokong oleh SKM Melaka. 

"Pada hari ini (13 Mei 2023), seramai 60 pelajar dari seluruh negeri Melaka menerima sumbangan wang tunai yang diharapkan dapat meringankan lagi beban mereka. 

“Selain daripada pelajar-pelajar, turut menerima sumbangan dari CBP pada hari ini adalah enam (6) buah masjid, dan Universiti Melaka (UNIMEL),” kata Baharom.  

Tambahnya lagi, program sumbangan ini juga selari dengan prinsip-prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap komuniti yang sentiasa disokong oleh CBP. 

“Kerjasama ini amat memberi makna kepada CBP dan juga penerima kerana mereka ini merupakan anggota-anggota Kobemas. 

"Insya-Allah, jika diberi kesempatan lagi, kerjasama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya. - KitaReporters/Kenyataan Media 


 

20
11
0
11
0

Copy Link: