Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) melaksanakan amanah sempena menyambut Ramadan dengan mengedarkan beras fidyah kepada kira-kira 500 penerima yang layak di sekitar Lembah Pantai.

Aktiviti tahunan anjuran ikhlas.com Fidyah, salah satu perkhidmatan gaya hidup Islam di bawah Capital A (AirAsia) Berhad, itu bertujuan meringankan bebanan golongan asnaf menerusi pengagihan hasil kutipan dana fidyah yang terkumpul sejak Ramadan lalu sehingga kini.

Turut menyantuni golongan tersebut adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bersama Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin dan Penasihat Komersial ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor.

Ikhlas berkata: “Kami amat bersyukur kerana masih diamanahkan dengan tanggungjawab ini untuk membantu umat Islam melunaskan fidyah mereka dengan mudah dan dengan itu, memberi manfaat kepada puluhan ribu penerima asnaf setiap tahun sejak 2020.

“Bagi pihak ikhlas.com, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Fahmi atas sokongan beliau yang meluangkan masa turun padang dan mengagihkan beras fidyah kepada golongan yang memerlukan. 

"Bersama-sama, kita boleh terus menyebarkan kesedaran tentang kepentingan membayar fidyah dan bagaimana ia boleh membantu masyarakat setempat dengan melaksanakan kewajipan kita sebagai umat Islam.”



ikhlas.com Fidyah merupakan salah satu perkhidmatan patuh syariah yang disediakan oleh ikhlas.com untuk memudahkan umat Islam yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu melunaskan pembayaran fidyah secara dalam talian. 

Selain menguruskan transaksi pembayaran dengan selamat dan mudah, ikhlas.com juga bertanggungjawab mengagihkan kutipan kepada para penerima yang berhak.

Tahun ini, seramai 5,000 pengguna melunaskan pembayaran melalui ikhlas.com Fidyah yang berjumlah kira-kira RM320,000 dengan lebih 80,000kg beras fidyah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (kembara mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan, AirAsia X, ikhlas.com juga memudahkan umat Islam menunaikan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
14
0
9
0

Copy Link: