Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, kekal komited untuk menyokong komuniti terjejas banjir melalui sumbangan untuk usaha bantuan dan pemulihan. 

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Maxis telah menyumbang RM2 juta kepada Dana Ihsan Madani pihak Kerajaan. 

Tambahan RM200,000 telah diperuntuk untuk bantuan barangan yang terdiri daripada bekalan keperluan, kotak makanan, WiFi percuma, kad SIM mudah alih dan tambah nilai. 

Terbaharu, Maxis telah menyumbang 500 kotak makanan untuk diagihkan di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen), Kementerian Komunikasi. 

“Kerjasama strategik ini adalah selaras dengan nilai ihsan Malaysia Madani yang sinonim dengan sifat prihatin dan belas kasihan, merangkumi kasih sayang terhadap orang lain termasuk ahli keluarga, rakan dan masyarakat keseluruhannya. 

"Maxis telah membantu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir. 

"Inisiatif ini menampilkan kebersamaan dan solidariti syarikat korporat terhadap nasib golongan yang terjejas, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani,” kata Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.



Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata, “Maxis komited untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka yang terkesan akibat kesukaran. 

"Melalui sumbangan kami kepada Dana Ihsan Madani dan dengan menyediakan bantuan asas secara langsung, kami membantu komuniti pulih dan berkembang maju.”

Penyerahan kotak makanan tersebut telah diadakan pada satu majlis di Tumpat bersama keluarga terbabit yang dihadiri oleh Fahmi Fadzil; Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi; dan wakil-wakil Kementerian Komunikasi serta Maxis. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
10
0
17
0

Copy Link: