Apabila keadaan ekonomi rakyat memburuk selepas wabak Covid-19, ramai terpaksa memikirkan cara untuk mendapat pendapatan baharu atau lebih terutama dalam kalangan B40.

Dan salah satu cara yang dilaku ramai ialah dengan berniaga walaupun sebelum ini tidak berpengalaman berniaga. Dan perniagaan kecil-kecilan yang biasa diceburi ialah menjual makanan dan minuman.
Walaupun mereka berniaga secara kecil-kecilan namun masih perlu mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan mempunyai tempat berniaga yang sesuai. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peniaga-peniaga kecil


Percayalah, sebahagian besar golongan perniaga di seluruh negara  yang berniaga terutama makanan dan minuman tidak mempunyai lesen berniaga. Malah ada yang berniaga secara koboi dengan meletakkan tempat jualan dan khemah  atau payung di mana sahaja termasuk di tempat untuk kegunaan umum seperti tempat letak kereta awam. 

Kadang-kala boleh timbul perbalahan dan pertengkaran antara peniaga dan orang ramai yang menegur tindakan tidak wajar berniaga di tempat tidak sepatutnya berniaga.

Malah petugas penguat kuasa yang hadir melarang mereka berniaga dan diminta berkemas dianggap seperti insan yang cuba menyekat rezeki, sedangkan mereka menjalankan tugas.


Antara keadaan kurang wajar dilakukan golongan perniaga B40 dimuat naik pemilik akaun bernama Kupang Laku dalam Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. 

Kupang Laku mempersoal kewajaran di sebalik tindakan segelintir peniaga yang 'bermaharajalela' berniaga di kotak parkir tanpa rasa bersalah.

"Bila B40 berniaga mereka mahu diberi hak untuk berniaga tetapi mereka telah menidakkan hak orang lain," tulisnya pada perkongsian itu. 

Individu ini memuat naik beberapa gambar yang memaparkan gerai beberapa penjaja yang dipasang di kotak parkir di sebuah taman rekreasi di ibu kota.

Bukan hanya satu kotak parkir, tetapi kelihatan beberapa kotak parkir kereta awam telah dijadikan tapak gerai mereka.
Situasi ini menimbulkan kesulitan kepada para pengunjung di lokasi berkenaan yang terpaksa mencari tapak parkir lain gara-gara sebahagiannya telah 'dicuri' oleh peniaga gerai. 

Tambahnya, keadaan semakin parah pada hujung minggu di mana pengunjung berpusu-pusu mahu beriadah bersama keluarga tetapi sejumlah tempat parkir diguna perniaga tidak  diundang ini.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya membangkitkan isu undang-undang dan hak orang awam. - KitaReporters


Kredit foto: Utara News

12
9
1
18
0

Copy Link: