Pengurusan UUM dan delegasi RHB Islamic Bank Berhad bergambar kenangan di ruang legar Jabatan Canselori Sultan Sallehuddin UUM.

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) dan RHB Islamic Bank Berhad bersedia membantu masyarakat dengan bidang kepakaran masing-masing.

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kunjungan RHB Islamic Bank ke universiti ini besar maknanya kerana dapat bekerjasama antara sektor pendidikan dan korporat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jalinan kerjasama

Delegasi RHB Islamic Bank Berhad mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan Naib Canselor UUM.

Katanya kehadiran mereka sebagai rakan strategik dilihat bukan sahaja dapat bekerjasama dengan warga kampus malah dapat membantu masyarakat dan membangunkan negara juga.

“Pihak UUM akan menggunakan RM10,000 sumbangan RHB Islamic Bank yang diterima bagi aktiviti pendidikan sempena kunjungan Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali bersama delegasi,” ujar beliau dalam pertemuan itu.

Di majlis itu Adissadikin menyampaikan sumbangan zakat RM10,000 kepada UUM selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan di bilik Mesyuarat Naib Canselor UUM pada 23 Ogos 2022.

Katanya sumbangan itu adalah bagi aktiviti pendidikan di kampus ini.


Adissadikin Ali (kiri) menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk aktiviti pendidikan di universiti ini kepada Prof Dr Haim Hilman.


Sementara itu, Adissadikin yang ditemui berkata, kunjungan ini adalah untuk mengenali universiti ini dengan lebih dekat lagi kerana banyak peluang kolaborasi bukan sahaja kerana terlibat dengan Kad Prihatin Siswa.

“Dalam pertemuan dan perbincangan tadi kami melihat banyak peluang kerjasama antara UUM dan RHB Islamic Bank boleh dimurnikan mengikut kepakaran masing-masing,” ujarnya  lagi. - KItaReporters


UUM dan RHB Islamic Bank Berhad akan bekerjasama untuk membantu masyarakat di negeri ini.

12
12
0
16
0

Copy Link: