Mohd Faris Kamarudin mengetuai 60 kakitangan CBP menyertai program pemuliharaan paya bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat.


Co-opbank Pertama (CBP) mengambil inisiatif bagi pemuliharaan paya bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.

Inisiatif ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat CBP menerusi CB-Proaktif yang menyasarkan program-program yang melibatkan alam sekitar.

Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin berkata, program penanaman bakau ini merupakan pertama kali disertai CBP.

”Seramai 60 orang warga CBP telah menyertai program ini di mana CBP telah menanam sebanyak 300 pokok anak bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ini.

”Penyertaan CBP dalam program ini adalah untuk menggalakkan orang ramai dan juga syarikat-syarikat korporat untuk turut terlibat secara aktif di dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan.


Seramai 60 kakitangan CBP menyertai program pemuliharaan paya bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini menerusi inisiatif CB-Proaktif.


Mohd Faris turut berkata, pemilihan aktiviti menanam pokok bakau ini dilihat dapat memberikan kesan yang positif kepada kawasan sekitar.

Selain daripada menjadi habitat dan ekologi hidupan marin, katanya, pokok bakau juga menjadi benteng bagi hakisan tanah selain daripada menjadi sumber ekopelancongan di negara ini.

Beliau turut berkata, program penanaman pokok ini merupakan salah satu empat teras tanggungjawab sosial korporat CBP iaitu CB-Prihatin, CB-Pendidik, CB-Preneur dan juga CB-Proaktif.

Jelasnya, menerusi empat teras CSR ini, CBP telah mengenal pasti kumpulan sasar yang meliputi kumpulan B40, pelajar, usahawan asnaf dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan alam sekitar. - KitaReporters/Kenyataan Media

14
9
0
12
0

Copy Link: