Sumbangan raya! Hampir 9j penerima STR Fasa 2 dapat bantuan sehingga RM650! Mulai 24 Mac 2025! - MoF

Published by
KitaReporters


Berita baik untuk hampir 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Mereka bakal dapat bantuan sehingga RM650.

Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan, STR Fasa 2 akan disalurkan ke akaun penerima mulai Isnin, 24 Mac 2025.

"STR Fasa 2 akan disalurkan mulai 24 Mac 2025 (Isnin), seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650.

"Semak status kelayakan STR dan rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my," menurut satu kenyataan MoF yang dikeluarkan hari ini, Jumaat, 21 Mac 2025 - KitaReporters/Kenyataan Media



15
19
0
9
0

Copy Link: