Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro), melalui anak syarikatnya, Kopetro Trading Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik bersama Blueshark Ecosystem Sdn Bhd (Blueshark), sebuah syarikat teknologi mobiliti Kenderaan Elektrik (EV) tempatan, dalam majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Hotel The Everly, Putrajaya pada 24 Jun 2023.

Blueshark merupakan sebuah syarikat teknologi EV yang menjadi peneraju dalam penyediaan pemobilitian elektrik dan penyelesaian tenaga di seluruh dunia. 

Sebagai anak syarikat Malaysia bagi Kumpulan Teknologi Sharkgulf, Blueshark didorong oleh kepimpinan teknologi dengan lebih daripada 130 paten ciptaan yang telah difailkan, Internet Kenderaan (IoV), rakan kongsi pintar, dan inovasi dalam penyelesaian tenaga terbaharu. 



Pengerusi Kopetro, Roslan Abdul Rahim berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menjadikan teknologi EV yang canggih ini lebih mudah diakses oleh anggota Kopetro seperti skuter elektrik pintar Blueshark R1 keluaran syarikat tersebut.

“Kopetro dan Blueshark akan bekerjasama untuk mempromosikan, memasarkan, menguruskan pesanan daripada anggota Kopetro. 

"Ini termasuk menyokong kempen pemasaran, pengaturan pembiayaan, serta pendidikan dan latihan produk,” ujar Roslan dalam ucapannya.

Tambah Roslan, antara aspek penting pemeteraian perjanjian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan mobiliti elektrik dalam kalangan anggota Kopetro dan menggalakkan pemindahan kepada penggunaan kenderaan hijau. 

Inisiatif ini juga membantu mencapai matlamat kelestarian dan mempercepat peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon yang lebih lestari.



Upacara penyerahan MoU tersebut menyaksikan Wan Ahmad Tarmizi Wan Abd Rahman, selaku Pengerusi Kopetro Trading Sdn. Bhd., bertukar dokumen MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (ASEAN) Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd., Jeff Chong. 

Melalui kerjasama ini,anggota Kopetro yang berminat untuk mendapatkan skuter elektrik keluaran Blueshark ini boleh mendapatkannya pada harga pasaran atau dengan pembiayaan Konsumer-i dari Kopetro. 

Pembiayaan Konsumer-i adalah pembiayaan patuh syariah dari Kopetro dengan pembiayaan kadar keuntungan bermula 4.5% setahun dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
7
0
12
0

Copy Link: