"Hari ini (17 Oktober 2023) saya telah meluncurkan 1 bilion unit tambahan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sambil diapit Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Ahmad Nizam Salleh dan Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Kumpulan PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.

"PHB adalah antara entiti penting bagi Kerajaan untuk memastikan masyarakat Bumiputera tidak ketinggalan dan diberi peluang untuk menjadi lebih “celik pelaburan” terutama dalam pemilikan hartanah komersial utama.
"Sejak diperkenal, AHB telah berjaya merekodkan kadar pulangan yang amat kompetitif termasuk sebanyak 5% bagi tahun 2023. Hatta, pada hari ini, saya luncurkan sejumlah 1 bilion unit tambahan AHB dan ini melonjakkan saiz keseluruhan kepada 5 bilion unit.
"Dalam ucapan, saya singgung kepentingan pengurusan agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memiliki integriti dan memikul amanah menguruskan dana yang diberikan Kerajaan. Penting bagi pengurusan meletakkan amanah dan matlamat asal penubuhan sebagai keutamaan serta tidak hanya melihat kepada kepentingan komersial. 

"Selain itu, penting bagi masyarakat dididik agar celik pelaburan.

"Semoga AHB dapat dimanfaatkan oleh segenap Bumiputera, bukan sahaja golongan menengah dan di bandar. Malaysia hanya akan maju jika kesemua rakyatnya makmur sejahtera, tanpa ada yang tertinggal di belakang." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 17 Oktober 2023)

16
12
0
16
0

Copy Link: