Berita baik untuk ibu bapa, kanak-kanak! Mr DIY anjur pertandingan Dream In You! Menang baucar RM500!

Published by
KitaReporters


Berita baik untuk ibu bapa dan kanak-kanak di seluruh Malaysia. 

Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan Mr DIY (M) Berhad, menjemput kanak-kanak untuk merealisasikan cita-cita mereka melalui peraduan terkini, ‘Dream In You’.

Peraduan ini mengajak kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk berkongsi kerjaya impian mereka, menyediakan platform untuk merealisasikan cita-cita mereka, dari 1 hingga 21 September 2024.

Dengan hadiah bernilai RM20,000 untuk dimenangi, ibu bapa dan anak-anak hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

Rakam Video: Ibu bapa digalakkan untuk membantu anak mereka merakam video yang berkongsi tentang kerjaya impian mereka menggunakan frasa, “Apabila saya besar nanti, impian saya ialah untuk menjadi...”.

Muat Naik & Tag: Muat naik video tersebut ke Instagram atau TikTok menggunakan hashtag #MRDIYDreamInYou. 

Pastikan anda turut meletakkan tag bagi akaun rasmi Mr DIY: @mrdiy2u dalam Instagram dan @mrdiy.malaysia dalam TikTok. 

Pastikan akaun media sosial ditetapkan kepada umum.

Sebanyak 40 pemenang akan dipilih untuk menyertai Program Kerjaya Impian eksklusif, di mana setiap pemenang akan menerima baucar tunai Mr DIY bernilai RM500.

Inisiatif ‘Dream In You’ ini berlangsung dari 1 hingga 21 September 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari https://www.mrdiy.com/mrdiy-dream-in-you-2024. - KitaReporters

13
14
0
9
0

Copy Link: