PENGGUNAAN media sosial seperti aplikasi TikTok hari ini bukan sekadar platform untuk berhibur semata-mata tetapi zaman moden hari ini, ia juga boleh dijadikan medan untuk mencari rezeki dan platform kesedaran awam.

Menggunakan peluang tersebut, Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) berjaya menjalinkan kerjasama dengan sebuah agensi di bawah TikTok Malaysia, KamiSempoi International Agency (KSIA).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kelab Wanita Ikon Malaysia



Semuanya bertujuan membantu individu berdepan masalah sekali gus menjayakan Kempen ‘Are You OK’ yang  merupakan kempen kesedaran dalam menangani masalah psikologi mental khususnya kaum Hawa.

Tanggal 4 Februari 2023 menjadi detik bersejarah apabila berjaya mencapai kata sepakat selepas mengadakan majlis menandatangani Surat Hasrat antara KWIM dan KSIA yang diadakan meriah di Quill  City Mall, Kuala Lumpur.

Bagi Presiden KWIM, Datin Normaziah Sheik Mohamed menerusi kerjasama ini, KWIM akan menggunakan kepakaran KSIA untuk membantu lebih ramai masyarakat di negara ini yang  menggunakan peluang dalam TikTok untuk menjana masalah sekali gus dapat menyelesaikan masalah terutama yang dihadapi kaum wanita.

Katanya, "memandangkan  KSIA menjadi trending dan mampu menjana pendapatan melalui media sosial ini, kita berhasrat supaya KSIA sudi berkongsi kepakaran untuk kita jayakan Kempen  ‘Are You Ok’  ini.



“Dalam usaha untuk kempen Are You Ok yang telah dan kami laksanakan, kami memerlukan sokongan dari KSIA sebagai rakan strategik bagi menyampaikan maklumat-maklumat aktiviti kepada orang ramai.

‘Memandangkan KSIA adalah agensi nombor 1 TikTok di Malaysia dengan official host (hos rasmi) kepada seramai 670 orang Tiktoker dengan jumlah pengikut lebih 16 juta, saya yakin kami dapat laksanakan kempen ini untuk  dimanfaat kepada orang luar di sana,” katanya.

Sementara itu Pengasas KSIA, To Chin Swee atau dikenali Pakchik Chin Swee pula berkata, setakat ini, terdapat 670 Tiktoker yang menyertai program KamiSempoi dan menjana pendapatan lumayan.

Malah, sehingga kini, jumlah TikToker yang berada di bawah kelolaan KamiSempoi berjaya memperoleh lebih RM100,000 sebulan hasil penggunaan platform TikTok secara konsisten. 

“KamiSempoi pecahkan pempengaruh ini kepada empat kategori iaitu ‘silver host‘, ‘gold host‘, ‘platinum host‘ dan ‘celebrity host‘.  

Rata-rata top talent kami memperoleh tidak kurang antara RM50,000 hingga RM120,000 sebulan sebagai sumber pendapatan.

“Kami terbuka untuk menerima bakat baru dan menyasarkan seramai 2,400 hos di bawah KamiSempoi pada tahun ini. Kriterianya cukup mudah, anda hanya perlu yakin dan percayakan diri sendiri. Selebihnya kami akan ajar dari zero to hero," katanya.



Dalam pada itu, katanya KamiSempoi juga wujudkan tanda pagar #unigangsempoi untuk membantu pelajar universiti yang tidak mampu membayar yuran pengajian.

Menerusi platform TikTok, mereka tidak perlu lagi membebankan keluarga tetapi ada diberikan ‘jalan’ untuk menjana pendapatan sendiri.

Terbaiklah KWIM dan KSIA  berjaya membuka jalan memberi peluang orang muda khususnya jana pendapatan sendiri melalui media sosial.

Semoga kerjasama ini membuahkan hasil dan membantu lebih ramai orang kita yang sedang kesusahan selepas pascapandemik untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.- KitaReporters


13
16
0
10
0

Copy Link: