SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah turut serta bersama Kerajaan Negeri Melaka dalam misi bantuan pascabanjir ke negeri Johor baru-baru ini. 

Sebanyak 44 kenderaan dengan 203 anggota yang menyertai rombongan bantuan ini, yang dilepaskan dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh bagi membantu penduduk terjejas banjir di daerah Yong Peng, Johor. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan syarikat SWM Environment

Kakitangan SWM Environment yang terlibat membawa barangan sumbangan SWM sejurus Konvoi Misi Bantuan Pasca Banjir ke Negeri Johor tiba di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Parit Awang, Yong Peng Johor.


“Misi bantuan banjir ke negeri Johor oleh pihak SWM Environment bermula sejak 10 Mac (2023) yang lalu dengan pihak kami telah menggerakkan empat unit jentera jengkaut (JCB), dan lapan unit RORO melibatkan 19 pekerja pembersihan ke Johor bagi membantu lokasi-lokasi yang memerlukan. 

“Kali ini, SWM Environment bersama rombongan yang terdiri daripada pelbagai agensi dari negeri Melaka ke Pusat Pemindahan Sementara Kampung Parit Awang, Yong Peng dengan SWM Environment menghantar pacuan 4 roda bersama empat kakitangan bagi penghantaran sumbangan bantuan makanan dan minuman,” kata Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin. 

“Pada masa yang sama, mangsa-mangsa banjir yang terlibat turut dinasihatkan untuk mendapatkan pengantian Tong Sampah Beroda (TSB) yang baru secara percuma terutam bagi mereka yang mengalami kerosakan tong atau hanyut akibat banjir. 

"Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas dengan bencana ini dan tabah untuk menghadapi ujian ini,” tambah beliau lagi. 

SWM juga ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri Melaka di atas inisiatif murni ini dan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi membantu mereka yang terjejas dengan bencana seumpamanya. - KitaReporters/Kenyataan Media



11
8
0
11
0

Copy Link: