Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SKM Prihatin bersempena Hari Raya Aidiladha 1445H di Hospital UiTM Sungai Buloh Selangor pada 14 Jun 2024. 

CSR ini telah disampaikan oleh Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

SKM tampil menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas hospital yang merawat pesakit demi menyahut seruan Kerajaan agar terus berbakti kepada frontliners yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana tugasan hakiki kepada masyarakat. 



Sumbangan pek makanan dan minuman tersebut telah diserahkan kepada 466 orang wakil petugas semua fakulti perubatan di Hospital UiTM Sungai Buloh.

Sumbangan kecil ini jelas menghadirkan senyuman kepada kakitangan di hospital ini kerana ia melambangkan keprihatinan masyarakat dan menghargai kerja keras frontliners. 

Doa kita semua semoga sedikit pemberian ini mampu melancarkan tugasan para frontliners agar mereka berupaya untuk terus menjalankan tugasan mereka secara optimum. 

Terima kasih buat mereka semua.



Hadir sama dalam majlis ini ialah Rusli Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM; Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Nizam, Koordinator Program; Dr. Izzat Imail, Timbalan Pengarah Fakulti Perubatan; Prof. Madya Dr. Mas Suryalis Ahmad, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar); Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Timbalan Dekan Klinikal; dan Martina Abdul Jalil, Timbalan Pendaftar. - KitaReporters/Kenyataan Media

14
9
0
10
0

Copy Link: