SEBUT sahaja Milo tergambar kenikmatan minuman tersebut yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

Produk minuman keluaran Nestle Malaysia yang bertapak di negara sejak puluhan tahun itu tidak pernah meninggalkan golongan yang kurang berkemampuan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan program amal


Pada 4 Februari 2023 lalu mengambil sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Nestle Malaysia menganjurkan program Charity At Heart dengan kerjasama Pavilion Bukit Jalil.

Melalaui program amal berkenaan, 10,000 pek milo Hi Fibre yang dihias menjadi pokok kemakmuran setinggi 12 kaki yang diletakkan di ruang Zone Pink, pusat beli-belah pavilion Bukit Jalil itu  dijual dengan harga RM8 sahaja.

Menariknya, kesemua hasil jualan berkenaan akan disumbangkan kepada badan-badan amal.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Andrew Yoon berkata, pihaknya teruja dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat.

“Jenama kami iaitu Milo dan Nestle sudah biasa dengan program amal kerana kami amat mengambil berat perihal masyarakat dan pengguna. 

“Milo Hi Fibre terhasil daripada inovasi berterusan hidup aktif rakyat di negara ini,” katanya.

Hadir merasmikan acara tersebut adalah legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek yang juga merupakan duta Milo Hi-Fibre.

Pada program berkenana Rashid bukan sahaja merasmikan acara kemasyarakatan tetapi juga  menyampaikan sumbangan bagi pihak Milo dan Pavilion Bukit Jalil kepada 100 keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terpilih. - KitaReporters


12
16
0
11
0

Copy Link: