Nak gi melancong ke Thailand? Kini pelancong bakal dikenakan bayaran 150-300 baht! Mulai 1 Jun 2023!
Published byBERCUTI di Thailand pasti menyeronokkan bukan sahaja makanan yang sedap dan murah, lokasi-lokasi percutian yang menarik seperti pulau peranginan yang cantik selain pusat beli belah pakaian yang banyak pilihan.
Jadi tak salah jika ada yang menggelarkan negara gajah putih itu sebagai syurga makanan.
Bukan sahaja makanan yang enak dan menyelerakan tetapi paling penting harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Thailand
Memetik channelnewsasia.com pada 15 Februari 2023 lalu, Thailand bakal mengenakan bayaran antara 150 baht (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) kepada pelancong asing mulai 1 Jun 2023.
Semuanya berkenaan diambil untuk memberikan perlindungan insurans serta membiayai kos pembangunan serta penyelenggaraan tempat tarikan pelancongnya.
Namun bayaran berkenaan ditetapkan melalui cara pelancong tiba ke negara tersebut.
Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Traisulee Traisaranakul, sebanyak 300 baht akan dikenakan daripada pelancong yang tiba melalui udara. Manakala pelancong yang tiba melalui laluan air dan darat pula dikenakan bayaran 150 baht sahaja.
“Bagi mereka yang memegang pasport Thailand, pasport diplomatik, permit kerja dan permit kerja khas (untuk golongan profesional tertentu), termasuk kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah dan penumpang transit dikecualikan daripada dikenakan bayaran.
“Begitu juga pelancong harian akan dikecualikan bayaran,” katanya.
Malah, Traisulee berkata, pembayaran berkenaan juga bertujuan bagi mempromosikan pelancongan selamat.
Kini, Thailand menjadi antara 40 negara di dunia yang mengutip bayaran daripada pelancong asing.
Bagaimanapun, Thailand adalah negara pertama yang menggunakan bayaran itu untuk dikembalikan kepada pelancong dengan menyediakan insurans kemalangan dan menaik taraf tempat pelancongan.
Sebelum ini, Thailand menanggung kos perubatan antara 300 hingga 400 juta setiap tahun kerana pelancong asing turut menggunakan perkhidmatan di hospital awam.
Bagus juga idea Thailand ini, fikir jangka masa panjang, walaupun kenakan bayaran tetapi semuanya untuk kepentingan pelancong asing.
Tahniah Thailand! Semoga usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kedatangan orang luar ke negaranya tetapi membantu pelancong sekiranya berdepan kesukaran sepanjang menjadi ‘tetamu’ di negara tersebut. - KitaReporters