Berita baik! STR Fasa 1 2025 diagihkan 22 Jan! Kadar maksimum untuk isi rumah naik kepada RM4,600!

Published by
KitaReporters



Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 akan mula diagihkan esok, Rabu, 22 Januari 2025, kepada 8.3 juta penerima berdaftar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 untuk tahun 2025 ini.

"Kerajaan Madani akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2025 bermula esok (22 Januari 2025) kepada 8.3 juta penerima berdaftar.

"Menerusi bantuan STR dan SARA yang mula disalurkan minggu lalu, Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 untuk tahun ini (2025).

"Ini adalah kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 pada tahun lalu (2024)," jelas Perdana Menteri.



Peningkatan bantuan ini, kata Anwar, adalah bukti tekad Kerajaan untuk membela kebajikan rakyat miskin dan mereka yang memerlukan secara berterusan, serta mengurangkan dampak peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda seluruh dunia. - KitaReporters



11
14
0
13
0

Copy Link: