Tolong kami! Bantu mangsa banjir! Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5j! Dana Ihsan Madani!
Published byDari kiri: Goh Seow Eng, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Anwar Ibrahim, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Hamidah Naziadin, and Shaharul Rezza Hassan pada majlis penyerahan sumbangan untuk Dana Ihsan Madani pada 12 Disember 2024.
Maxis, Astro, Bumi Armada dan MEASAT telah mengumumkan sumbangan kolektif sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir yang sedang giat dijalankan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan pada Khamis, 12 Disember 20245 kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, oleh Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi Astro Malaysia Berhad; Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Bumi Armada; Dato’ Hamidah Naziadin, Pengerusi Interim Maxis; Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis; dan Shaharul Rezza Hassan, Pengarah MEASAT.
Maxis telah menyumbang RM2 juta kepada inisiatif ini, dengan Astro, Bumi Armada dan MEASAT masing-masing menyumbang RM1 juta.
Sumbangan tunai kolektif ini adalah untuk membantu mangsa banjir susulan impak ketara kejadian banjir baru-baru ini di beberapa negeri di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.
Tambahan lagi, setiap organisasi telah memainkan peranan dalam membantu komuniti-komuniti yang terjejas melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan.
Maxis telah mengedarkan 4,000 kad SIM dan tambah nilai mudah alih percuma di pusat pemindahan sementara (PPS) serta memberikan barang keperluan kepada 1,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir.
Di samping inisiatif mitigasi rangkaian dan bantuan komuniti, Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa mengenai amaran dan langkah tindak balas banjir.
Maxis dan MEASAT komited untuk memastikan kesalinghubungan yang boleh dipercayai di kawasan yang dilanda banjir dengan menyediakan ketersambungan jalur lebar WiFi, mudah alih dan satelit secara percuma di PPS dan kawasan terjejas, serta untuk operasi menyelamat.
Langkah ini juga akan membolehkan keluarga dan mangsa yang terjejas untuk terus kekal berhubung dengan orang tersayang mereka, serta membantu pasukan tindak balas banjir untuk menyelaraskan operasi bantuan di lapangan dengan berkesan.
Astro secara aktif menampilkan komitmen untuk menyokong komuniti yang terjejas akibat krisis banjir baru-baru ini melalui siri usaha bantuan di bawah Tabung Bantuan Yayasan Astro Kasih.
Sumbangan orang ramai dan pihak korporat telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Astro Radio menerusi Tabung Derma “Kami Care Misi Banjir’ telah mengumpul barang keperluan seperti makanan kering dan barangan keperluan rumah.
Selain itu, mangsa banjir layak mendapat gantian Astro Box secara percuma.
Sukarelawan kakitangan Astro juga telah bersedia membantu dalam usaha pembersihan dan pemulihan.
Melalui inisiatif Voice for Good, platform digital dan media Astro telah meningkatkan kesedaran, mengumpulkan sokongan dan menyampaikan kemas kini banjir masa nyata. - KitaReporters/Kenyataan Media