Terima kasih Roche Children’s Walk! Kutip dana lebih RM91k untuk Rumah Perlindungan Safiyyah!
Published byTahun ini (2024), ‘Roche Children’s Walk’ kembali lagi dan ia adalah satu tradisi penting yang diterajui oleh warga kerja Roche, sekali gus menyatukan semua atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di lebih 75 komuniti di seluruh dunia.
Di Malaysia, lebih 1,000 warga kerja Roche dari unit Farmaseutikal, Diagnostik dan Perkhidmatan & Penyelesaian telah berpadu tenaga dalam usaha pengumpulan dana selama dua bulan untuk menjayakan acara tahunan ini.
Kreativiti mereka terserlah melalui pelbagai aktiviti yang diterajui warga kerja, termasuk majlis pembidaan ‘bid4Charity’, penyediaan hadiah penghargaan, jualan makanan yang merangkumi pastri dan barangan eksklusif ‘Roche Children’s Walk’ seperti kemeja-T, demi mencetuskan impak positif kepada komuniti setempat.
Pada tahun ini (2024), usaha kolektif tersebut berjaya meraih dana bernilai RM91,039.60 untuk menyokong Rumah Perlindungan Safiyyah, sekali gus mengatasi RM75,000 yang dikumpul pada tahun 2023.
Kemuncak acara adalah penganjuran acara berjalan kaki sejauh 2.5km di kawasan Sunway pada 13 Jun 2024, yang membabitkan warga kerja Roche serta wakil-wakil daripada Rumah Perlindungan Safiyyah.
Selain itu, acara itu turut menampilkan majlis penyerahan cek kepada Rumah Perlindungan Safiyyah, sekali gus mengukuhkan komitmen Roche terhadap usaha murni itu di Malaysia.
“Dedikasi dan kreativiti yang ditunjukkan oleh warga kerja kami semasa ‘Roche Children’s Walk’ tahun ini sangat memberi inspirasi!
"Kami bukan hanya mengumpul dana untuk kanak-kanak di luar sana tetapi juga memperkasakan komuniti dan komitmen kami dari dalaman, untuk membawa perubahan dan memberi makna kepada kerja kami.
"Acara berjalan kaki kanak-kanak ini juga mempunyai impak besar terhadap warga kerja dan rangkaian dalaman kami.
"Inilah apa yang diperjuang oleh Roche - semangat belas kasihan dan komuniti dari dalaman yang membawa perubahan bermakna kepada masyarakat di sekeliling kita,” demikian kata Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., Deepti Saraf.
“Kami dari Rumah Perlindungan Safiyyah sangat terharu dengan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh pasukan Roche di Malaysia.
"Sepanjang dua tahun lalu (2022-2023), ‘Roche Children’s Walk’ telah memberikan kami bantuan dan sokongan bagi memenuhi keperluan asas kanak-kanak di sini dari segi makanan, pendidikan dan utiliti.
"Acara berjalan kaki ini adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk kanak-kanak kami. Ia memberi peluang kepada mereka untuk bergerak aktif di luar bersama dengan pasukan Roche yang bersemangat tinggi.
"Acara ini, menaja keperluan lain seperti peralatan mandian, pakaian, dan alat tulis, bukan hanya memenuhi keperluan asas mereka, tetapi juga mengukir senyuman pada wajah mereka, serta memberikan mereka sinar harapan tentang masa depan yang lebih cerah.
"Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Roche!” kata Pengasas Rumah Perlindungan Safiyyah, Mia Husna.
‘Roche Children’s Walk’ di Malaysia merupakan komitmen berterusan syarikat terhadap tanggungjawab sosial.
Melalui dedikasi berterusan, Roche memperkasakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan mencetuskan impak positif yang berkekalan dalam kehidupan mereka. - KitaReporters/Kenyataan Media