Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)! Bagi atasi ketirisan, kebocoran dan penipuan penyaluran subsidi!
Published by"Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang saya luncurkan hari ini (2 Januari 2024), adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital malah kemudahan dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.
"Kerana itulah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperkenal PADU yang dilihat mampu mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan yang melebihi RM80 bilion.
"Saya singgung, marcapada menuntut tekad baharu dan jangan tolak ansur dengan sistem lama yang terlalu banyak ketirisan, kebocoran dan penipuan sehingga masih ada kelompok miskin dalam negara.
"Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya tanpa taakul yang betul.
"Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula Selasa, 2 Januari sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
"Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://padu.gov.my/.
"PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 2 Januari 2024