Perlukan pembiayaan sehingga RM50k? Usahawan di Selangor? Hubungi segera Yayasan Hijrah Selangor!

Published by
KitaReporters


Berita baik buat rakyat atau mereka yang tinggal dan mengundi di Selangor apabila Yayasan Hijrah Selangor membuka peluang untuk membantu dari segi modal menjalankan perniagaan. 

Melalui skim pembiayaan i-Bisnes, mereka yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan tetapi duit tidak mencukupi, ini adalah masa dan peluang terbaik untuk anda. 

Hijrah Selangor menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (MKI). Jadi buat rakyat Selangor, jangan lepaskan peluang ini kerana jumlah yang ditawarkan sangat tinggi. 

Dengan keadaan ekonomi sekarang, mungkin ini satu langkah untuk memastikan perniagaan seseorang itu dapat terus operasi dan mencipta lebih banyak keuntungan dan peluang pekerjaan pada masa akan datang. 

Mereka bukan sekadar memberi pembiayaan malahan membantu dari segi latihan, pemasaran dan membimbing ke arah yang lebih baik dalam dunia perniagaan. 



Agensi ini cukup dikenali bagi usahawan di Selangor kerana sering menawarkan pembiayaan untuk membantu para perniaga tanpa mengira latar belakang dan kaum. 

Kerajaan Negeri juga melihat usahawan perlu diberikan perhatian maka disebabkan itu belanjawan Selangor 2023 telah memeperuntuk RM130 juta untuk Hijrah Selangor membantu para perniaga yang memerlukan. 

Orang ramai boleh memohon secara dalam talian menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/. - KitaRepoters 

17
11
0
14
0

Copy Link: