Sedia untuk infak? Redi2Infaq.com platform mudah untuk berwakaf! Bantu projek amal, kebajikan NGO!
Published byLaman web Redi2Infaq.com memberi peluang kepada masyarakat menyumbang semudah di hujung jari.
BERWAKAF dan meraih saham akhirat kini menjadi lebih mudah dengan kewujudan pelbagai platform digital yang memberi peluang kepada orang ramai melakukan kebaikan. Ibaratnya beramal semudah di hujung jari, itulah kelebihan teknologi yang membawa manfaat pada masyarakat.
Menyedari hakikat itu, syarikat Radiance Asset Berhad tampil merealisasikan objektif kerajaan memperkasa teknologi sistem ekonomi digital untuk mempermudahkan masyarakat dalam penyumbangan infak menerusi laman web melalui pelantikan anak syarikatnya, RediPay Sdn Bhd bagi menjayakan matlamat tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wakaf dan infak
Ketua Pegawai Eksekutif RediPay Sdn Bhd, Adam Dahlan berkata, Redi2Infaq.com yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2021 kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat untuk menyumbang dan menghulurkan kebaikan.
"Melalui portal ini, pengguna boleh membuat sumbangan secara terus kepada penerima tanpa melalui pihak ketiga menggunakan Payment Gateway atau disebut pembayaran telus terus ke dalam akaun bank pertubuhan tertentu.
"Malah, kami turut menyediakan maklumat atau latar belakang penyumbang supaya ketelusan dan proses pemberian sedekah atau sumbangan lebih mudah.
"Syarikat RediPay Sdn Bhd juga telah menjalin kerjasama strategik dengan syarikat Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawan. Kewujudan platform Redi2Infaq.com ini secara tidak langsung membolehkan program-program wakaf memasuki gerbang digital untuk kesenangan semua pihak," jelas Adam.
Salah satu segmen wakaf melalui laman web Redi2Infaq.com memberi peluang keada orang ramai menyumbang secara terus kepada pertubuhan berkaitan.
Tambah Adam, antara ciri utama dan kelebihan Redi2Infaq.com berbanding portal lain adalah ulasan ringan akan dibuat oleh syarikat berkenaan untuk memastikan setiap program wakaf yang dimuatnaikkan dalam laman web berkenaan adalah didaftarkan.
"Kita akan membuat saringan fizikal apabila ada program wakaf yang baharu supaya organisasi yang kita bantu adalah organisasi yang betul, berdaftar dan supaya kita dapat pastikan ia merupakan program-program pembangunan atau kebajikan yang sahih," ujarnya.
Untuk tempoh jangka panjang, pihaknya juga akan melancarkan aplikasi mobile Redi2Infaq.com yang boleh dimuatnaikkan menerusi Google Play Store dan Apple Store serta mempunyai ciri-ciri lain seperti pembayaran mudah kepada penyumbang wakaf.
"Wakaf ini sebenarnya adalah cara terbaik atau medium instrument yang dapat memperkasakan ummah dan juga pemberian secara berterusan kepada golongan yang memerlukan. Apa yang penting, semua orang boleh meraih saham akhirat asalkan mereka ikhlas dalam menyumbang," katanya lagi.
Terdapat beberapa segmen di dalam laman web Redi2Infaq.com yang membolehkan pengguna memilih sendiri jenis sumbangan yang mahu diberikan.
Antaranya ialah Wakaf, Infaq, Redi2Help, Yayasan Tahfiz An-Nisa dan KoJIDPreneur. Setiap segmen mempunyai objektif tersendiri dalam usaha membangunkan syiar Islam.
Semoga usaha yang dibangunkan syarikat RediPay Sdn Bhd ini membawa kebaikan buat ummah sekali gus memberi peluang kepada khalayak memberi tanpa rugi.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." - Hadis Riwayat Tirmidzi. - Kitareporters
Adam Dahlan (kiri) mewakili syarikat RediPay Sdn Bhd turut menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd dalam usaha memperkasakan platform ekonomi digital ummah.