Terbaiklah Lifebouy! Acara Ramadan untuk 100 individu kurang bernasib baik! Pupuk tabiat cuci tangan!
Published bySelaras dengan misinya untuk mencegah penyebaran kuman dan menyelamatkan nyawa, Lifebuoy bersama dengan Watsons Malaysia dan persatuan kebajikan Hope Worldwide Malaysia telah menganjurkan acara Ramadan khas untuk 100 individu kurang bernasib baik pada 23 Mac 2024 lalu.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kesihatan dalam kalangan golongan kurang bernasib baik, memperkaya pengetahuan mereka dan memupuk tabiat kebersihan yang baik, demi keselamatan dan kesihatan mereka.
Menerusi penggalakan amalan kebersihan yang baik, serta penyediaan produk kebersihan menerusi sumbangan pek penjagaan itu, inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan kekerapan serangan penyakit dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Selain itu, sumbangan barangan penjagaan diri itu turut diperluaskan kepada lebih 1,100 keluarga kurang bernasib baik di seluruh Malaysia di bawah inisiatif ini.
Acara itu, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif “C untuk Cuci Tangan” oleh Lifebuoy menggabungkan kemeriahan majlis berbuka puasa masyarakat dengan ceramah pendidikan “C untuk Cuci Tangan” yang menunjukkan proses, dan kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Selain itu pelbagai aktiviti kebersihan yang menarik seperti Sketsa Hiburan Kebersihan turut diadakan yang menekankan pentingnya amalan mencuci tangan menggunakan sabun dan banyak lagi.
Kajian menunjukkan bahawa tabiat boleh dibentuk dalam tempoh 18 hari jika diamalkan secara berterusan.
Selain daripada memupuk pemahaman yang mendalam dan mengiktiraf kepentingan amalan tabiat kebersihan bagi mencegah penyakit yang boleh dielakkan, acara itu turut menekankan bagaimana kanak-kanak dan masyarakat boleh menerapkan tabiat penting ini dalam kehidupan harian mereka.
Ini selaras dengan komitmen Lifebuoy untuk memupuk masa depan yang lebih sihat menerusi perubahan sikap yang mampan, memastikan bahawa tiada ahli keluarga jatuh sakit akibat daripada jangkitan yang boleh dielakkan agar mereka dapat menikmati detik indah dalam kehidupan.
“Sejak 1894, misi Lifebuoy adalah untuk menjadikan kebersihan sebagai rutin harian, bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit menerusi amalan mencuci tangan yang betul.
"Sebagai jenama yang sentiasa berusaha meningkatkan tahap celik serta menyokong kebersihan tangan, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia dan Persatuan Kebajikan Hope Worldwide Malaysia.
"Mereka berkongsi visi yang sama dengan kami dalam memperkasakan keluarga agar hidup dengan lebih sihat dan bahagia dengan menggalakkan amalan kebersihan tangan bagi mengurangkan kekerapan penyakit dalam kalangan kanak-kanak dengan ketara supaya aktiviti harian mereka tidak terganggu dan fikiran menjadi lebih tenang,” kata Unit Perniagaan Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura dan Thailand, dan Ketua Negara Unilever Malaysia, Lenny Chuah dalam ucapan alu-aluan beliau.
Amalan mencuci tangan sering diabaikan kerana wujud persepsi yang rendah terhadap risiko kesihatan, kealpaan, dan ketiadaan akses mudah kepada kemudahan mencuci tangan.
Walaupun mereka mempunyai akses kepada kemudahan itu, satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mencuci tangan mereka dengan betul.
Justeru, Dr Amanda Elli telah mengingatkan para hadirin tentang kepentingan amalan mencuci tangan menerusi ceramah pendidikan “C untuk Cuci Tangan” yang disertai dengan demonstrasi 7 langkah mencuci tangan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sesi itu, berserta dengan Sketsa Hiburan kreatif oleh pelawak popular, Norhanizam atau Nizam Jentik Jentik berjaya menghiburkan keluarga di sepanjang acara itu.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman pendidikan, pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah dianjurkan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka, bertujuan untuk meningkatkan lagi minat dalam pembelajaran.
Acara itu turut menampilkan Bonanza Ramadan istimewa yang menawarkan hadiah berupa peralatan dapur kepada sepuluh keluarga bertuah, memeriahkan lagi suasana pendidikan dan perayaan.
Selain itu, keluarga-keluarga itu turut menerima baucar hadiah baju raya berjumlah RM15,000 untuk membeli pakaian baharu bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya mereka pada tahun ini (2024).
“Kami berbangga kerana Lifebuoy merupakan salah satu rakan kami yang telah lama berusaha untuk memperkasa masyarakat mengenai kepentingan kebersihan tangan dan membantu mereka menjadi lebih selamat dan lebih sihat.
"Kerjasama ini merupakan satu langkah mantap dalam perjalanan kami untuk memperkasakan keluarga kurang bernasib baik, memastikan mereka sentiasa berwaspada dan proaktif dalam perkara yang melibatkan kesihatan dan kebersihan mereka,” ujar Pengarah Eksekutif Persatuan Kebajikan Hope worldwide Malaysia, Katy Lee.
Hampir sedekad lamanya, Unilever menerusi Lifebuoy telah berusaha untuk menjadikan amalan mencuci tangan menggunakan sabun sebagai tabiat untuk semua rakyat Malaysia, mengelakkan keluarga daripada jangkitan.
Inisiatif untuk menyokong kebersihan ini tertumpu pada usaha menggerakkan program pendidikan kebersihan dalam kalangan masyarakat dan di sekolah bagi mendidik orang dewasa dan kanak-kanak tentang kepentingan tabiat mencuci tangan yang baik.
Sabun perlindungan kuman nombor satu di dunia itu juga sentiasa menyumbangkan produk penjagaan kebersihan bagi meluaskan akses kepada kebersihan tangan untuk masyarakat kurang bernasib baik.
Sejak program khidmat masyarakat Lifebuoy dilancarkan di seluruh Malaysia pada 2015, ia berjaya menyentuhi 686,113 kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun sejak 2023.
Pada 2024, Lifebuoy menyasarkan untuk menyentuhi lebih sejuta pelajar dalam usaha memupuk tabiat mencuci tangan yang baik menjelang 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media