UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) meneruskan hubungan strategik erat menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani kedua-dua pihak yang bakal memanfaat warga mahasiswa unversiti berkenaan 

Hasil kerjasama strategik tersebut bakal menggiatkan pembangunan bakat pelajar dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, mampan serta berkualiti sebagai tenaga kerja dalam dunia pekerjaan pelbagai bidang.

Inisiatif hubungan antara industri dan akademia itu juga akan menyokong agenda kebolehpasaran graduan yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Pelan Kebolehpasaran Graduan 2021-2025.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita aktiviti dan kampus UMT

Dr Mazlan Abd Ghafar


Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, kolaborasi antara UMT dan TalentCorp telah bermula sejak 2016 dengan pelbagai penganjuran aktiviti serta program bersasar khusus buat para pelajar UMT.

‘Saya yakin, dengan terjalinnya kerjasama menerusi perjanjian yang ditandatangani ini, pelbagai inisiatif yang dibawa oleh TalentCorp yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia akan mendapat sokongan dan penyertaan daripada warga pelajar UMT dalam menjayakan agenda yang dipersetujui,” katanya. 

Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp, Datuk Nazaruddin Abdul Jalil pula berkata, TalentCorp bertindak sebagai pemangkin dalam memenuhi kelompongan industri dengan menawarkan peluang latihan mempertingkat kualiti dan latihan industri buat para mahasiswa di institusi pengajian tinggi khususnya di UMT.

Beliau berkata, wujudnya kerjasama antara UMT dan TalentCorp akan memperlihat lagi perkembangan positif dalam pembangunan bakat.


Dr Mazlan (empat dari kanan) menunjukkan MOU yang ditandatangini bersama pengurusan TalentCorp


Terkini, TalentCorp telah membangunkan portal mynext yang mengumpulkan para pelajar, universiti, syarikat serta tenaga kerja yang bukan sahaja membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran tetapi juga laluan kerjaya mereka

Malah, katanya, portal ini juga menambah nilai kepada para pentadbir berkaitan mendapatkan bakat yang sesuai untuk syarikat serta keperluan pekerjaan masing-masing.

Hadir sama dalam majlis menandatangi MOU tersebut pada 24 November 2022 lalu bertempat di Talent Corporation Malaysia Berhad, Menara Surian, Petaling Jaya Selangor itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew; Timbalan Naib Cancelor UMT  Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT; Prof. Dr. Fauziah  Abu Hasan selaku Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT; di samping warga kerja dari UMT dan TalentCorp.

Pengurusan UMT dan TalentCorp bergambar kenangan selepas menandatangani MOU

17
14
0
6
0

Copy Link: