Lawatan 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) dari 15 hingga 19 Januari 2025 berjaya meraih potensi pelaburan dan perdagangan berjumlah RM11.5 bilion.

Potensi itu hasil pertemuan, meja bulat dan perbincangan dengan ramai ketua dan wakli industri di UK, yang jelas mahu meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala UK dengan Malaysia.

"Alhamdulillah, kunjungan delegasi Malaysia ke UK telah mencapai hasil memberangsangkan apabila kedua-dua negara sepakat untuk mempertingkat kerjasama Malaysia-UK ke tahap Perkongsian Strategik.

"Pertemuan saya dengan wakil-wakil industri terkemuka turut membuahkan hasil apabila kita berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport berjumlah RM11.5 bilion.

"Semoga hubungan persahabatan Malaysia-UK terus erat dan membawa kemakmuran buat rakyat. Ayuh delegasi Malaysia, kita terus bekerja!," tegas Perdana Menteri dalam kenyataan media pada 19 Januari 2025.



Terdahulu pada Khamis, 16 Januari 2025, misi Perdana Menteri ke UK diteruskan melalui pertemuan dengan beberapa syarikat utama negara ini.

Antaranya Standard Charted PLC and Raw Energy di mana platform ini kritikal bagi memperbaharui dan juga menerokai peluang perniagaan, pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

"Moga pertemuan ini dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap lebih baik, Insya-Allah," ujar Anwar.



Dan pada hari yang sama, selesai sesi meja bulat bersama wakil pengurusan dana utama dunia, Perdana Menteri terus menyampaikan ucaptama menyentuh kerancakan inisiatif-inisiatif dalam konteks ASEAN termasuklah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

"Saya tekankan, perbincangan-perbincangan melalui platform seperti Invest Malaysia ini penting dalam usaha mewujudkan pemahaman dan keyakinan pelabur terutamanya pengurusan dana antarabangsa akan potensi yang ditawarkan oleh Malaysia.

"Adalah penting supaya para pelabur dan juga pengurusan dana antarabangsa diberi pemahaman jelas akan strategi-strategi pengukuhan ekonomi yang telah dan akan dilaksanakan oleh Malaysia," jelas beliau.



Terdahulu, Anwar sempat menghadiri Sesi Meja Bulat bersama syarikat-syarikat pengurusan dana utama dunia di London.

Sesi ini penting bagi bersemuka secara terus sambil bertukar pandangan dengan pemain-pemai industri terkait soal pengurusan dana, pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

"Saya juga menekankan komitmen dan hasrat Malaysia dalam membentuk sinergi pembangunan saksama dan inklusif buat semua pihak khususnya peluang pelaburan dan perdagangan baharu," jelas Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media



9
23
0
9
0

Copy Link: